,
Laman Utama

“Ramai Cakap Muka Saya Ada Iras Tangmo” - Isteri Shuk Sahar

Azwa Rahman
13/03/2022
09:08 MYT
Isteri pelawak Shuk Sahar, Rossalennah Natassyiah Asshaferah mencuri perhatian ramai apabila mendakwa ramai orang menyatakan wajahnya mirip mendiang aktres Thailand Tangmo Nida.
Menerusi plaftorm TikTok, Rossalennah atau lebih mesra disapa sebagai Serra berkongsi sebuah video penampilan terbaharunya yang kelihatan langsing berjubah untuk tatapan umum.
“Ramai cakap muka saya ada iras-iras Tangmo. Yeke?” tulis Serra di ruangan kapsyen.
Pada perkongsian itu lagi, Serra tampil jelita setelah berjaya menurunkan berat badan lebih 11 kilogram (kg) sekali gus membuatkan dia semakin berkeyakinan di khalayak ramai.
@rossa.sera yeke? ? @inayahbeauty #fyp ♬ bunyi asal - Cikputerimisha? GSTT? - Puanputerimisha? GSTT?
Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya yang kurang bersetuju dengan dakwaan yang menyatakan wajah ibu beranak dua itu ada mirip Tangmo.
Selain menerima usikan daripada wargamaya, ada yang berpendapat wajah Serra lebih mirip dengan aktres Farah Nabila.
@Ringgoalbero:kau lebih la.. iras Syuk je dah cukup la…”
@Suprisegift_foryou:Ni bukan Tangmo kak, ni tang mano.”
@idabasir767:maaf ya tadak langsung macam Tangmo. Kalau Nasha Aziz sungguh macam Tangmo sebiji.”
@mea_damia:saya tengok macam iras Farah Nabila.”
@:kalau ada kawan ajak makan naik speed boat hati-hati ya kak.”
@Nurul NajwaConfident sangat tinggi kak lepas lawa bagus bagus. Luv you.”
@Nor Hasliza:Yelah kak iras sangat dengan Tangmo. Tapi akak dah bersedia ke nak dibayangi Tangmo ada di setiap penjuru rumah akak.”
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 550,000 tontonan daripada warga TikTok.
Sekadar into, kemelut rumah tangga Serra dan Shuk masih belum menemui nokhtah walaupun sudah beberapa bulan mereka hidup berjauhan.
Pada November tahun lalu, Serra mendedahkan dia bakal memfailkan perceraian selepas lima tahun berdepan konflik rumah tangga.
Dia juga memberitahu sudah tidak tinggal sebumbung dengan pelawak itu sejak Oktober.
Serra dan Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Shar berkahwin pada 2015.
Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 5, dan Nur Assyifatu Aimi, 2.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Tunai Umrah Bersama Bukti Cinta Shuk Sahar & Isteri Masih Utuh - “Selamatkan Rumah Tangga Selagi…”

gempak
23/08/2024
02:25 MYT
Pelawak Shuk Sahar menutup spekulasi mengenai masalah rumah tangganya dengan isteri, Fara Salleh dengan memuat naik foto di Instagram memperlihatkan mereka kini berada di Tanah Suci, Mekah.
Laman Utama

Pemilik, Pemandu Bot Dihukum Penjara Sebabkan Kematian Tangmo

gempak
12/05/2023
09:51 MYT
Kedua-duanya mengaku bersalah..
Laman Utama

Kecoh Misteri Di Sebalik FB Tiba Tiba Aktif, Mayat Tangmo Sudah Selamat Dibakar

gempak
25/05/2022
08:20 MYT
Pada saat netizen masih tertanya tanya adakah Tangmo sebenarnya masih hidup, pihak berkuasa Thailand mengumumkan bahawa mayat pelakon tersebut telah selamat dibakar.
Laman Utama

Kecuaian Lima Rakan Sebabkan Kematian Tangmo Nida - "Dia Tak Jatuh Akibat Silap Sendiri, Tapi ..."

gempak
28/04/2022
04:25 MYT
Leftenan Jeneral, Jirapat Phumjit berkata bahawa pihak detektif telah berpuas hati dengan bukti dan testimoni saksi dan menyatakan mereka tidak perlu menyiasat lebih lanjut.
Laman Utama

“Sabar, Ayah Tetap Ayah” - Rindu Anak? Luahan Shuk Sahar Buat Ramai Sebak! Mohon Supaya…

gempak
24/04/2022
02:18 MYT
"Nanti raya kita jumpa taw"