,
Laman Utama

Ramadan Pertama Edi Pecah Tembelang, Bongkar 'Port' Kaki Ponteng Puasa

Zulaikha Yusof
12/04/2021
03:52 MYT
Tinggal sehari lagi seluruh umat Islam akan menyambut bulan Ramadan.
Waktu ini juga la akan muncul 'geng plastik hitam' yang mengelat untuk berpuasa.
Drama Ramadan Pertama Edi yang kini sedang ditayang di kaca televisyen tampil dengan Vlog Ramadan Keluarga Pak Sobri.
Naemah dan Nad membongkar tempat yang sering dijadikan markas untuk kaki tak nak puasa dalam episod kedua.
Di sini, Gempak senaraikan lima port pilihan untuk ponteng puasa:
1. Dapur 2. Tandas 3. Dalam Kereta 4. Dalam Bilik 5. Bilik Stor
Ramadan Pertama Edi merupakan sebuah naskah terbitan Gempak Original Series yang diarahkan oleh sutradara Datuk Yusry Abdul Halim dan Ezrie Gazali.
Mengisahkan tentang Edi (Redza Rosli) dan Nad (Mimi Lana). Selepas 2 bulan berkenalan dan bercinta, Edi dan Nad terus berkahwin.
Bercinta ketika musim PKPB, membuatkan mereka jarang berjumpa serta tidak sempat kenali isi hati budi masing-masing secara mendalam.
Namun setelah tinggal bersama, Edi dan Nad mula sedar perangai pasangan masing-masing. Edi sejenis yang sukar hendak serius dan berterus terang manakala Nad pula jenis yang cerewet dan perfectionist.
Nad kini sedang hamil enam bulan dan bakal pulang ke rumah bapanya, Pak Sobri beberapa hari sebelum Ramadan. Disebabkan PKP, Nad dan Edi terpaksa berpuasa di rumah Pak Sobri selama dua minggu.
Masalah timbul di situ kerana Edi sebenarnya cukup susah untuk berpuasa. Pelbagai masalah dan konflik yang berlaku namun apa pengakhirannya?
Ramadan Pertama Edi dibintangi barisan pelakon hebat antaranya Redza Rosli, Mimi Lana, Datuk Aznil Nawawi, Elly Mazlein, Datin Lisa Surihani dan ramai lagi.
Berdurasi selama 30 minit, Ramadan Pertama Edi bersiaran pada setiap hari Rabu, jam 9.30 malam secara eksklusif di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).
Jika anda terlepas untuk menonton episod terdahulu, anda juga boleh strim di Astro Go dan On Demand dan buat carian Ramadan Pertama Edi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Penonton Puas Hati Dengan 'Ending' Ramadan Pertama Edi

gempak
18/05/2021
08:25 MYT
Ada Ramadan Pertama Edi 2 tak?
Laman Utama

Episod 6: Ramadan Pertama Edi Penuh Rahsia & Berlinang Air Mata Masa Tengok Pak Sobri

gempak
06/05/2021
06:55 MYT
Dah bercampur emosi untuk episod ni..
Laman Utama

Ramadan Pertama Edi Kongsi Cara Orang Bersahur, Ada Yang Makan Waktu Siang.. Cuba Teka Siapa?

gempak
04/05/2021
07:20 MYT
Korang yang macam mana?
Laman Utama

Ramadan Pertama Edi Makin Rancak! Naemah Jadi Leha Vaganza, Pak Sobri Bagi Nama 'Pogba' Dekat Bakal Cucu

gempak
30/04/2021
11:00 MYT
Hahaha macam-macam hal jadi dalam keluarga Pak Sobri..
Laman Utama

Ramadan Pertama Edi: Amy Ganggu Rumah Tangga Edi, Masa Solat Pun 'Call'

gempak
28/04/2021
08:00 MYT
Malam ni jangan lupa!