gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Budak 8 Tahun 'Dibesarkan' Anjing, Hanya Tahu Menyalak
BERITA
20 Dilapor Cedera, Bas Ekspres Langgar Penghalang Laluan Berdekatan Nilai
HIBURAN
Shaniena Natasya Tak Menyesal, Akui Berbaloi Tinggalkan Alkohol & Shisha - “Terutama Bila Tahu Saya Hamil…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

'Ramadan Pertama Edi' Mula Malam Ini, Ada Redza Rosli, Mimi Lana, Pak Nil & Elly Mazlein

Zulaikha Yusof
Zulaikha Yusof
31/03/2021
07:20 MYT
Sponsor Banner
'Ramadan Pertama Edi' Mula Malam Ini, Ada Redza Rosli, Mimi Lana, Pak Nil & Elly Mazlein
Masa yang ditunggu-tunggu sudah tiba!
Drama Ramadan Pertama Edi akan mula bersiaran menemui anda sekeluarga pada malam ini.
Ramadan Pertama Edi merupakan sebuah naskah terbitan Gempak yang diarahkan oleh sutradara Datuk Yusry Abdul Halim dan Ezrie Gazali.
Mengisahkan tentang Edi (Redza Rosli) dan Nad (Mimi Lana). Selepas 2 bulan berkenalan dan bercinta, Edi dan Nad terus berkahwin.
Bercinta ketika musim PKPB, membuatkan mereka jarang berjumpa serta tidak sempat kenali isi hati budi masing-masing secara mendalam.
Namun setelah tinggal bersama, Edi dan Nad mula sedar perangai pasangan masing-masing. Edi sejenis yang sukar hendak serius dan berterus terang manakala Nad pula jenis yang cerewet dan perfectionist.
Nad kini sedang hamil enam bulan dan bakal pulang ke rumah bapanya, Pak Sobri beberapa hari sebelum Ramadan. Disebabkan PKP, Nad dan Edi terpaksa berpuasa di rumah Pak Sobri selama dua minggu.
Masalah timbul di situ kerana Edi sebenarnya cukup susah untuk berpuasa. Pelbagai masalah dan konflik yang berlaku namun apa pengakhirannya? Nantikan..
View this post on Instagram
A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)
Ramadan Pertama Edi dibintangi barisan pelakon hebat antaranya Redza Rosli, Mimi Lana, Datuk Aznil Nawawi, Elly Mazlein, Datin Lisa Surihani, Raja Azura, Abon dan ramai lagi.
Ramadan Pertama Edi yang berdurasi selama 30 minit ini bersiaran pada setiap hari Rabu, jam 9.30 malam secara eksklusif di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).
Jika anda terlepas untuk menonton episod terdahulu, anda juga boleh strim di Astro Go dan On Demand dan buat carian Ramadan Pertama Edi.
BACA: "Ada 'N To N', 'Jejak Ebit Lew' & 'Ramadan Pertama Edi' ... Astro Saji 100 Rancangan Menarik Sempena Ramadan & Raya 2021!
Topic Berkaitan
#Redza Rosli
#Drama
#Pak Nil
#Mimi Lana
#Ramadan Pertama Edi
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement