,
Laman Utama

Rakyat Sayu Lihat Pak Lah Hadir Ke MAHA 2022 Berkerusi Roda - “Semoga Diberi Kesihatan Yang Baik Buat Tun Abdullah…”

Izwan Isa
11/08/2022
22:50 MYT
Sejak penganjurannya bermula pada 4 Ogos lalu, Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022 yang berlangsung di MAEPS Serdang, Selangor berlangsung dengan penuh meriah.
Pelbagai acara dapat disaksikan termasuk jualan hasil pertanian, peternakan dan juga produk-produk hasil air tangan usahawan kecil tempatan.
Justeru, tidak hairanlah jika pameran ini mendapat perhatian ramai pengunjung, termasuk yang tinggal di luar Selangor.
Begitupun, penganjuran hari ketujuh MAHA 2022 semalam menyorot perhatian orang ramai apabila bekas Perdana Menteri Malaysia Kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi atau lebih mesra disapa Pak Lah turut menghadirkan diri.
Menerusi perkongsian Facebook Jabatan Perkhidmatan Veterinar, kehadiran beliau berkerusi roda meraih perhatian ramai.
Meninjau komen-komen yang ditinggalkan di platform media sosial, ramai yang menzahirkan rasa sayu dan mendoakan kesihatan serta kesejahteraan Pak Lah.
@dodoshellout #mantanpm ♬ Cinta Sampai Mati - Raffa Affar
“Ya Allah kau berilah kesembuhan kepada bekas PM kami yg ke-5 ini. Berikan kesihatan yang baik kepadanya, hilangkanlah segala kesakitannya dengan mudah. Amin ya rabb.”
“Semoga diberi kesihatan yang baik buat Tun Abdullah mantan PM.”
“Cepat masa berlalu. Dah uzur ex PM kita. Semoga diberi kesihatan yang baik sentiasa. Amin.”
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Masitah Tak Perlu Guna Kerusi Roda Lagi, Dah Boleh Berjalan & Berlari-Lari Anak! - "Rasa Hidup Kena Reset"

gempak
03/02/2024
07:50 MYT
Masitah berkata, dia juga sudah mula mendapat deria bau selepas hampir sembilan bulan kehilangan nikmat itu.
Viral

Tak Menang Tangan Bantu Lelaki Kurang Upaya, Staf Taman Tema Times Square Terima Pujian – “Servis Macam Ni Tak Dapat Beli Dengan Duit Ye”

gempak
16/01/2024
09:55 MYT
Terbaik servis!
Hiburan

"Kerusi Roda Diguna Di London Ihsan Neelofa" - Adik Fiza Kamarudin

gempak
29/12/2023
14:30 MYT
Al-Fatihah.
Laman Utama

“Habis Tu Bapak Aku Selama Ni Tak Berkerusi Roda Ke?” - Adik Sajat Geram Netizen Tuduh Tak Jaga Bapa

gempak
05/10/2023
09:50 MYT
Tak baik fitnah adik Sajat.
Laman Utama

“Ayah, Ampunkan Ajad…” - Sajat Sebak Lihat Bapa Yang Sakit Terima Kerusi Roda Pemberiannya

gempak
04/10/2023
00:50 MYT
Sajad sebak lihat ayahnya dah dapat kerusi roda