,
Gaya Hidup

Rakyat Malaysia Rugi Lebih RM1.3 Bilion Sebab Scam, Pakar Kongsi Modus Operandi Scammer

Gempak
03/07/2024
09:43 MYT
Pempengaruh yang juga seorang pakar kewangan terkenal, @financialfaiz berkongsi mengenai satu isu melibatkan rakyat Malaysia yang kehilangan wang lebih RM1.3 gara-gara aktiviti penipuan (scam) pada tahun 2023.
Menurut Faiz, kebanyakan rakyat Malaysia yang terpedaya dengan iklan-iklan tentang pelaburan yang ditunjukkan pada platform di bawah naungan Meta, seperti Facebook dan Instagram.

Scammer

Faiz berkata, iklan-iklan tersebut turut menyertakan pautan (link) yang secara automatik akan membawa pelayar web ke ‘group’ aplikasi Whatsapp sekiranya ditekan.
“RM1.3 bilion duit rakyat Malaysia telah rugi pada tahun 2023 sebab scammer. So macam mana benda ni boleh terjadi?
“Hari tu saya ada berjumpa dengan Brahmal Vasudevan, CEO of Creador. Creador tu adalah firma ekuiti persendirian dan Creador Foundation adalah badan bukan kerajaan (NGO).
“Dia (Brahmal) beritahu saya ada scammer akan gunakan muka dia dan juga nama Creador dan Creador Foundation untuk minta orang melabur dan deposit duit ke akaun dia (scammer)” jelas Faiz.

ARTIKEL BERKAITAN: Minta Bank In RM150, Scammer Menyamar Amir Jahari Kantoi Busuk! - "Jangan Sampai Ada Yang Terkena"

ARTIKEL BERKAITAN: Beri Botol Percuma Berserta Kod QR Baucar RM200, Pihak Berkuasa Gesa Orang Awam Peka Modus Operandi Scammer

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Zahid Terpaksa Berputih Mata, RM4,250 Lesap Dari Akaun - “Habis Sebulan Kumpul Duit Nak Raya”

ARTIKEL BERKAITAN: “Ibarat Macam Berbual, Tapi Itu Bukan Saya” - Jadi Sasaran Scammer, Aaron Aziz Buat Laporan Polis & Aduan MCMC

ARTIKEL BERKAITAN: Suami Heliza Helmi Nafi Terlibat Dalam Industri Perumahan, Akui Tidak Kenali Individu Yang Mendakwa Dirinya Scammer

Walaupun perkara itu sukar untuk dipercayai, ada juga sesetengah pihak yang tidak berfikir panjang mendepositkan wang mereka ke akaun tersebut.
“Untuk orang macam kita, kadang-kadang akan terfikir tak logik Brahmal, The Ceo of Creador nak minta duit orang macam tu, tapi ada juga yang percaya, ada juga yang laburkan duit dia dan sudah tentu duit tu lebur.
“Modus operandi scammer ni adalah dia akan buat iklan dekat Meta, lepas tu iklan itu akan dipaparkan di Instagram dan Facebook. Iklan ni kalau di klik akan bawa si pelayar ke group Whatsapp.

“Dalam Whatsapp group akan ada 20 ke 30 orang yang aktif. Tapi sebenarnya orang dalam tu pun scammer juga. Lepas tu dia akan paksa orang untuk deposit duit.

“Lepas tu yang ramai-ramai tu akan berpura-pura seolah-olah deposit itu memberi keuntungan,” katanya yang turut mengingatkan supaya orang ramai melaporkan mana-mana laman web yang mencurigakan supaya kegiatan berkenaan dapat ditumpaskan.

Creador ralat Meta lambat bertindak

Sementara itu, Creador turut membidas Meta kerana terlalu lambat dalam menghapuskan hebahan penipuan daripada platformnya selepas syarikat itu menyamar sebagai Facebook, Instagram dan Whatsapp.
Dalam satu kenyataan, pengasas Brahmal berkata, penipu juga telah menyamar sebagai syarikat dan Yayasan Creador untuk memperdaya pengguna media sosial Meta melalui siaran tajaan yang mempromosikan seminar pelaburan dan menawarkan nasihat pelaburan.
Brahmal berkata, hal ini menyebabkan rakyat Malaysia, terutamanya warga emas yang mudah terpedaya, kehilangan wang kepada penipuan.
Beliau menegaskan bahawa golongan ini perlu dilindungi daripada penipu yang dibenarkan untuk meletakkan iklan di platform berkenaan.
"Kami bimbang Meta tidak bertindak tegas. Membenarkan siaran tajaan ini diterbitkan merupakan satu hal yang tidak boleh diterima.
"Meta telah mendapat keuntungan daripada penipuan ini dengan membenarkan siaran tajaan yang menyamar sebagai Creador dan organisasi lain serta tokoh terkenal," katanya.
Brahmal menambah, Creador pada mulanya membuat laporan mengenai siaran penipuan yang mengarahkan mangsa ke group Whatsapp dengan seseorang yang menyamar sebagai dirinya ke platform Meta pada bulan Mac.
Menurut Brahmal, pautan itu kelihatan seperti mempromosikan satu tawaran tetapi sebenarnya mengarahkan mangsa ke laman web penipuan di mana mereka diminta untuk memindahkan dana ke akaun syarikat yang tidak mempunyai kaitan dengan Creador.
"Meta tidak bertindak cukup pantas untuk mengalih keluar semua siaran sedemikian walaupun terdapat laporan dan aduan Creador melalui saluran di Facebook dan Instagram, yang mendapati halaman Facebooknya sendiri telah digantung sebaliknya tanpa alasan yang diberikan.
"Meta tidak cukup responsif terhadap aduan penyamaran dan penipuan. Sistemnya untuk melaporkan kes sedemikian tidak berkesan. Meta telah gagal untuk menguatkuasakan Piawaian Komunitinya sendiri yang melarang penyamaran," katanya.
Sumber: Financial Faiz dan NST
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Gaya Hidup

#FinancialFaiz: Duit Tabung Kecemasan, Pelindung Di Saat Perlu

gempak
23/11/2024
12:25 MYT
Pendidik Kewangan, Faiz Azmi atau lebih dikenali sebagai Financial Faiz menyatakanmemiliki tabung kecemasan adalah satu keperluan yang tidak boleh diabaikan.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Unitar