,
Berita

Rakyat Dibebani Kenaikan Harga Barang Ketika Sambutan Aidiladha - Rosol

Gempak
16/06/2024
21:55 MYT
Rakyat negara ini khususnya umat Islam yang akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada Isnin dibebani kenaikan harga barangan keperluan melonjak sehingga 9.6 peratus susulan penyasaran subsidi diesel yang berkuatkuasa minggu lalu.
Ketua Portfolio Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Perikatan Nasional (PN), Datuk Rosol Wahid berkata, purata peratusan kenaikan harga barangan itu diperoleh melalui data aplikasi mudah alih, perbandingan harga 'Price Catcher' di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
"Harga purata cili merah kulai di seluruh negara misalnya, daripada RM13.98 setiap sekilogram pada 13 Mei naik kepada RM15.74 pada 3 Jun dan seterusnya menokok kepada RM16.52 selepas tiga hari subsidi diesel ditarik.
"Begitu juga purata harga ayam bersih, naik daripada RM9.20 sekilogram pada 13 Mei kepada RM9.40 (3 Jun) dan kemudian naik kepada RM9.50 pada 12 Jun selepas kenaikan harga diesel. Ada juga dijual lebih RM10 bagi kuantiti sama di kawasan tertentu," katanya dalam kenyataan.
Rosol yang juga Ahli Parlimen Hulu Terengganu berkata, segmen ekonomi lain turut menyaksikan kenaikan harga antaranya industri pembinaan yang merekodkan kenaikan 25 peratus sebagaimana diumumkan Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas F Malaysia.
Selain itu, katanya, industri pelancongan juga terjejas apabila Persatuan Pelancongan Domestik Malaysia (MITA) mengumumkan kenaikan 20 peratus harga sewaan bas dan van persiaran bermula 17 Jun.
Tambah beliau, pesawah merupakan antara kelompok paling terkesan kerana kos upah bajak tanah serta tuai padi akan melonjak 50 peratus disebabkan jentera pembajak dan penuai tidak termasuk dalam Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS).
"Hari ini sudah seminggu harga diesel naik iaitu melonjak 56 peratus daripada RM2.15 kepada RM3.35 seliter di mana kenaikan sebanyak RM1.20 bagi setiap seliter merupakan yang tertinggi dalam sejarah.
"Rakyat marah, rakyat kecewa, rakyat berasa teraniaya dengan kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim (Perdana Menteri) yang bukan sahaja mengkhianati janji turun harga minyak tetapi tergamak pula mengugut untuk menghukum rakyat," ujarnya.
Kerajaan sebelum ini menguatkuasakan penjualan diesel tanpa subsidi pada kadar RM3.35 seliter oleh semua stesen minyak runcit di seluruh Semenanjung Malaysia bermula Isnin minggu lalu.
Penyasaran subsidi diesel itu dijangka dapat menjimatkan RM4 bilion serta memberi ruang fiskal yang lebih luas kepada kerajaan dalam usaha meningkatkan lagi kualiti pelbagai perkhidmatan yang menjadi kepentingan rakyat.
Sumber - Sinar Harian

ARTIKEL BERKAITAN: Harga Diesel RM3.35 Seliter Bermula Isnin

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Terhibur Tengok Harga Kari Kepala Ikan Tak Masuk Akal - “Ikan Tangkap Dari Alam Sebalik Mata Ke?”

ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan Merungut Harga Nasi Lemak RM3, Netizen Backup Peniaga - “Nak Murah Masak Sendiri”

ARTIKEL BERKAITAN: Diberi Gelaran ‘Tailor Gila’, Wanita Ini Raih Ratusan Ribu Ringgit Hanya Dengan Menjahit Baju

ARTIKEL BERKAITAN: "Tahun Berniaga Paling Teruk" - Peniaga Jalan TAR

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Rakyat Malaysia Lawat Atau Transit UK Perlu Mohon ETA Mulai 2025

gempak
11/09/2024
16:55 MYT
Mulai 8 Januari tahun depan, rakyat Malaysia yang melancong atau transit di United Kingdom perlu mendapatkan Kebenaran Perjalanan Elektronik (ETA), langkah yang ditetapkan untuk memudahkan kemasukan bagi pelawat jangka pendek.
Berita

Malaysia Pertimbang Tambah Bantuan Rawat Rakyat Palestin - PM Anwar

gempak
25/08/2024
11:55 MYT
Malaysia akan mempertimbangkan untuk menambah bantuan membantu merawat rakyat Palestin yang cedera, sekiranya terdapat keperluan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Berita

PMX Kesal Usaha Murni Bawa Rakyat Palestin Cedera Ke Malaysia Dikritik

gempak
18/08/2024
02:55 MYT
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa amat kesal dan sedih susulan sikap sesetengah pihak yang mengecam dan mengkritik langkah membawa rakyat Palestin yang cedera untuk dirawat di negara ini.
Berita

Rakyat Malaysia Cedera Terkena Kepingan Konkrit Jatuh Di Hong Kong

gempak
09/07/2024
07:30 MYT
Lawatan kerja bertukar menjadi detik cemas bagi seorang lelaki Malaysia pada hari pertamanya di Tsim Sha Tsui, Hong Kong yang terkenal dengan kesibukan kota.
Berita

Dua Lembu Terlepas Di Lebuh Raya, Myvi Didakwa Rosak Akibat Terlanggar Salah Seekor

gempak
17/06/2024
04:17 MYT
Media sosial sejak semalam kecoh dengan dua lembu dikatakan terlepas dan berkeliaran di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) berhampiran pusat beli-belah di Kelana Jaya.