gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Dinobat Sebagai Juara Tarian Di Paris, Lan Solo Bangga, Anak & Pasukan Tarian Sekolah Seni Malaysia KL Harumkan Nama Negara Di Persada Antarabangsa!
BERITA
Gadis 12 Tahun Tiada Kawan Kerana Bantu Ibu Kutip Sampah
RANCANGAN
#BigStageAlpha: Persaingan Akan Lebih Sengit, Firdaus Rahmat Titip Pesanan Buat Peserta - “Ego Dengan Ego Dia Tak…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
VIRAL

Rakan Sahkan Lelaki Kurang Siuman Yang Tular Adalah Bekas Pemain Hoki Negara - “Jika Sesiapa Berdekatan Tolonglah Bantu Dia”

gempak
Gempak
09/05/2025
07:50 MYT
Sponsor Banner
Rakan Sahkan Lelaki Kurang Siuman Yang Tular Adalah Bekas Pemain Hoki Negara - “Jika Sesiapa Berdekatan Tolonglah Bantu Dia”
Rakaman video seorang lelaki yang dilihat berjalan berkaki ayam, meracau dan kelihatan seperti orang kurang siuman tular di laman sosial baru-baru ini.

Bekas pemain hoki kebangsaan

Memetik laporan media tempatan, individu berkenaan didakwa merupakan bekas pemain hoki remaja kebangsaan, Mohamad Asmawi Zaidi yang pernah mengharumkan nama negara satu ketika dahulu.
Mohamad Asmawi pernah menyarung jersi skuad Bawah 16 Tahun negara dan mewakili Malaysia dalam beberapa kejohanan antarabangsa termasuk di Jerman, India serta Pakistan.
Salah seorang bekas rakan sepasukannya mengesahkan perkara tersebut, selain memaklumkan pernah berjuang bersama Mohamad Asmawi dalam pasukan Malaysia kategori bawah 16 tahun sehingga ke Jerman.

“Memang benar, kelibat lelaki kurang siuman itu adalah Mohamad Asmawi iaitu bekas rakan pasukan yang pernah bersama-sama beraksi untuk Terengganu ketika Sukan Malaysia (Sukma) dan rakan sekolah ketika menyambung pelajaran di Sekolah Sukan Bandar Penawar yang kini dikenali sebagai Sekolah Sukan Tunku Ismail (SSTMI).

“Jika ada sesiapa yang berdekatan dan mengenali dia, tolonglah bantu dia. Mungkin pihak berwajib boleh menghulurkan bantuan untuk pulihkan kembali Asmawi," katanya.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Viral
#Tular
#Hoki
#Bekas Pemain Negara
#Kurang Siuman
Must-Watch Video