,
Terkini

Rakan Artis Dedah Irma Hasmie Sudah Bercerai 6 Bulan Lalu

Asyikin Mayudin
30/04/2024
13:51 MYT
Status rumah tangga Irma Hasmie akhirnya terjawab apabila seorang individu dipercayai rakannya iaitu Reen Emran tampil mendedahkan rumah tangga pelakon itu dengan Redza Syah Azmeer sudah berakhir sejak enam bulan lalu.
Menerusi perkongsian di Instastory, Reen memberitahu dia sudah mendapat keizinan daripada rakannya untuk berkongsi perkara itu untuk mengelak dari terus timbul fitnah.
“Untuk menjawab kepada persoalan apakah status mereka sekarang dan untuk mengelakkan dari terus timbul fitnah.
“Saya dengan ini mewakili sahabat saya ingin mengeluarkan kenyataan (dengan izin dia sendiri).
“Untuk pengetahuan, mereka sudah sah bercerai enam bulan lepas.
“Dengan persoalan yang dah terjawab, saya mohon pada semua beri ruang untuk sahabat saya,” kongsinya.
Pada perkongsian yang sama, Reen juga memberitahu Irma dan anak-anak kini dalam keadaan baik dan pelakon itu bakal mengerjakan ibadah haji tidak lama lagi.
“Alhamdulillah dia dan anak-anak okay dan sihat saja. Alhamdulillah Allah kurniakan sesuatu yang lebih baik dan indah.
“InsyaAllah dia akan mengerjakan ibadah haji tak lama lagi. Mohon semua doakan yang baik-baik buat sahabat saya. Terimah kasih semua,” katanya lagi.
Status yang dikongsikan Reen itu telah diulangsiar oleh pengacara Amin Idris di ruang Instagram Story yang memberitahu kenyataan itu merupakan perkembangan terkini status rumah tangga Irma.
Terdahulu, bekas suami Irma, Redza Syah Azmeer memaklumkan dia sudah berkahwin baharu selepas lelaki itu memuat naik foto perkahwinan di akaun Instagram (IG), baru-baru ini.
Sebelum ini, timbul dakwaan rumah tangga Irma dan suami dikatakan sedang dilanda badai susulan jarang memuat naik foto bersama sejak Ogos 2023.
Untuk rekod, Irma dan Redza mendirikan rumah tangga pada 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata.
Bagaimanapun, usaha media untuk mendapatkan pengesahan daripada Irma bertemu jalan buntu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Peminat Mahu Irma Hasmie Kembali Berlakon, Ini Jawapan Empunya Badan – “Saya Masih Aktif Lagi, Cuma…”

gempak
01/08/2024
21:55 MYT
Pelakon Irma Hasmie memaklumkan dia masih menerima tawaran berlakon namun harus memberi keutamaan kepada keluarganya.
Hiburan

Enggan Jaja Kisah Cerai, Irma Hasmie Pilih Untuk Berdamai Dengan Takdir - “Ia Terlalu Privasi”

gempak
31/07/2024
06:55 MYT
Pelakon dan pengacara, Irma Hasmie, 42, memilih untuk berdamai dengan takdir demi ketenangan diri sendiri dan keluarganya.
Hiburan

“Semua Yang Berlaku Ada Hikmah” - Bekas Suami Irma Hasmie

gempak
20/06/2024
00:55 MYT
Bekas suami kepada pelakon Irma Hasmie iaitu Redza Syah Azmeer Mohd Radzuan meluahkan rasa gembira apabila dapat meluangkan masa bersama dua cahaya matanya, Syed Irfhan dan Irma Nur Naylie.
Hiburan

Isu Cerai, Bekas Suami Irma Hasmie Perjelas Tiada Unsur Orang Ketiga

gempak
03/05/2024
06:55 MYT
Bekas suami pelakon, Irma Hasmie iaitu Redza Syah Azmeer Mohd Radzuan mendedahkan perceraian antara mereka adalah atas keputusan bersama. "Keputusan secara bersama ini dibuat selepas perbincangan serius diadakan beberapa kali dengan mengambil kira semua pandangan dan akhirnya membuat keputusan untuk berpisah. Perkara penting adalah untuk kerjasama
Hiburan

Netizen Titip Doa Buat Irma Hasmie - “Wanita Yang Menjaga Aib Suami, Semoga Kuat & Dipertemukan Kebahagiaan Sejati”

gempak
01/05/2024
00:55 MYT
Netizen puji Irma jaga aib bekas suami.
Unitar