,
Laman Utama

Rakaman Suara Didakwa Milik Aisyah & Alif Yang Sedang Bergaduh Tersebar? – “Hari Ni Abang Akan Masuk Lokap…”

Izwan Isa
30/11/2023
01:38 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kisah polemik rumah tangga antara Aisyah Hijanah dan suaminya, Alif Teega menjadi tatapan dan perbincangan dalam kalangan netizen.
Dari kisah berkahwin dua sehingga laporan perubatan dari sebuah klinik didakwa menerangkan keadaan Aisyah yang dikasari oleh suaminya, pelbagai drama ‘dalam kain’ terbongkar satu demi satu.

BERITA TRENDING: Rekod Perubatan Isteri Pertama Tersebar, Alif Teega Didakwa Dera Aisyah Hijanah?

Hari ini, muncul pula rakaman suara, didakwa milik Aisyah dan Alif yang dihantar dalam bentuk voice note menerusi aplikasi Whatsapp.
Menerusi rakaman tersebut, kedengaran suara Aisyah memberi amaran kepada Alif selepas Alif dikatakan melakukan kekasaran kepada isterinya.
Suara lelaki: “Tak payahlah, abang tak cerita apa-apa dekat social media.”
Suara wanita: “Hari ni abang akan masuk lokap, hari ni. Sebab abang hentak kepala abang dekat tepi kepala Aisyah tadi kan? Khadijah nampak. Aisyah tak start physical abuse eh”
Suara lelaki: “Aisyah yang mula dulu. Aisyah banyak kali dah hina abang. Aisyah kata Aisyah dah tak hormat abang sebagai suami. Mana abang tak marah? Abang pegang tangan Aisyah, Abang cakap elok, Aisyah jangan, jangan hina abang dekat Khadijah, Aisyah hina lagi.”
Suara perempuan: “Bagus lebam tangan Aisyah, bagus bagus. Hari abang akan masuk lokap.”
Terdahulu, Alif Teega mengejutkan ramai pihak selepas mendedahkan dia sudah berkahwin kali dua pada 18 November lalu.

BERITA TRENDING: “Harap Orang Yang Tepat Akan Datang Pada Masa Yang Tepat, Tapi Buat Masa Ini…” - Aisyah Hijanah

Alif berkata, tujuan dia berkongsi status terkini dirinya itu kerana enggan menimbulkan sebarang fitnah dan menjawab segala khabar angin yang bertebaran.
Untuk rekod Alif dan Aisyah mendirikan rumah tangga pada 2017 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.
Oktober lalu, Aisyah mendedahkan perkahwinan mereka cuba dihimpit pihak ketiga yang juga pekerja sendiri.
Aisyah juga memaklumkan dia turut membawa Alif berubat selepas dia dipercayai terkena penyakit ain selain gangguan sihir pemisah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Hadir Bersama Alif Teega Di Mahkamah, Ini Respons Aisyah Hijanah Bila Ditanya Soal Perceraian…

gempak
20/09/2024
03:55 MYT
Kehadiran isteri kepada pempengaruh media sosial, Alif Teega iaitu Aisyah Hijanah menemani suaminya di Mahkamah Kuala Lumpur pada Jumaat mengundang pelbagai reaksi netizen.
Berita

Mengaku Tak Bersalah, Alif Teega Mohon Dibicarakan

gempak
20/09/2024
02:29 MYT
Pempengaruh media sosial, Mohd Hazalif Mohd Hazani, 30, atau Alif Teega mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan menyalahgunakan dana awam.
Berita

Kelihatan Tenang Sebelum Didakwa, Alif Teega Siap Dipeluk Erat Oleh Aisyah Hijanah

gempak
20/09/2024
01:49 MYT
Pempengaruh, Mohd Hazalif Mohd Hazani, 30, atau Aliff Teega dilihat tenang ketika hadir ke Mahkamah Kuala Lumpur, pada pagi Khamis.
Viral

Alif Teega Bakal Didakwa Di Mahkamah Esok - “SPRM Mendapat Izin Mendakwa…”

gempak
19/09/2024
11:53 MYT
Pempengaruh media sosial, Alif Teega atau nama sebenarnya Mohd Hazalif Mohd Hazani bakal didakwa di mahkamah, esok.
Viral

"Dapat Mana Cerita Tu?" - Alif Teega Tak Tahu Isteri Failkan Perceraian

gempak
09/09/2024
01:07 MYT
Usahawan dan personaliti media sosial, Alif Teega mengaku terkejut dan tidak mengetahui bahawa isterinya, Aisyah Hijanah telah memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada Ogos lalu.