gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Nam Ron Muncul Dalam Pementasan Teater ‘Persiapan Seorang Aktor’, Selongkar Kisah Pelakon Lelaki Obses Kesempurnaan
FILEM
Filem ‘Misteri Rumah Darah’ Kembali Hidupkan Trauma Lama, Adaptasi Rancangan TV Ikonik 2000-an
HIBURAN
Netizen Terhibur Tengok Akhyar Rashid Jadi MUA Eyka Farhana Dalam Flight - “Kenapa Aku Yang Senyum Sorang Ni?
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

BERITA

Rakam Video Rakan Serumah Lelaki Mandi Sekadar Gurauan, Akauntan Didenda RM3,000

Gempak
Gempak
25/06/2025
09:50 MYT
Sponsor Banner
Rakam Video Rakan Serumah Lelaki Mandi Sekadar Gurauan, Akauntan Didenda RM3,000
Padah merakam rakan serumah lelaki mandi menggunakan peranti kamera tersembunyi di dalam bilik air, seorang akauntan didenda RM3,300 oleh Mahkamah Majistret Ampang.
Majistret Amalina Basirah Md Top menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Fahmi Akmal Zakaria, 30, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan dikenakan.
Sekiranya gagal membayar denda itu, tertuduh boleh dipenjarakan selama lima bulan. Tertuduh membayar denda berkenaan.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mengaibkan kehormatan mangsa lelaki berumur 31 tahun melalui cara merakam video mangsa sedang mandi, dengan maksud mengganggu kesantunannya.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah pangsapuri di Taman Ukay Perdana, kira-kira jam 8.10 pagi 20 Jun lalu.
Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Mohd Azizi Darus, memohon agar mahkamah mengenakan hukuman denda minimum.
Ia atas alasan anak guamnya berpendapatan RM2,500 sebulan serta perlu menanggung keluarga, selain tertuduh mendakwa perbuatan itu sekadar gurauan memandangkan dia dan mangsa adalah teman serumah.
Timbalan Pendakwa Raya, Norhidayah Abdullah Sani, bagaimanapun memohon hukuman berbentuk pencegahan dengan mengambil kira fakta kes bagi memberi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat.
"Kepentingan awam perlu diutamakan. Perkara itu bukan gurauan. Sekiranya video itu tersebar, ia boleh mengaibkan mangsa," katanya.
Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, mangsa yang sedang mandi di rumah sewanya ternampak cahaya berkelip di rak perkakas mandi, sebelum mendapati terdapat sebuah peranti kamera tersembunyi dan mengesyaki ia perbuatan rakan serumahnya.
Mangsa kemudian mengambil komputer riba serta wayar pemacu USB milik tertuduh, dan mendapati peranti kamera itu mempunyai kad memori mengandungi rakaman video mangsa sedang mandi dalam keadaan bogel. - BH
Topic Berkaitan
#Viral
#Bogel
#Mandi
#Ampang
#Rakam
#Akauntan
#Housemate
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement