HIBURAN
Rajin Sedekah, Beri Jajan, Alumni Masterchef 3 Didakwa Cabul Anak Yatim Piatu
Dunia maya Indonesia terutama di platform X sedang kecoh dengan khabar seorang alumni Masterchef musim ketiga mencabul kanak-kanak lelaki yang sering diberi bantuan dari segi makanan.
Pemilik akaun mty1164924 pertama kali mendedahkan kes tersebut di platform Thread. Dia mendakwa peserta yang melakukan pencabulan tersebut adalah seorang lelaki. Dia dikenali sebagai Setiyono.
Menerusi perkongsiannya, Setiyono yang sudah ditangkap pihak polis mengaku melakukan pencabulan kepada kanak-kanak lelaki yang kini berusia 13 tahun sejak setahun lalu bermula Januari 2024. Kanak-kanak tersebut merupakan anak yatim piatu.
Modus operandi yang dilakukan adalah dengan memberi kanak-kanak di kawasan perumahan jajan dan bersedekah.
“Suspek memang aktif sedekah di kawasan perumahan kami. Dia juga rapat dengan kanak-kanak, kalau pulang dari mengaji suspek akan sediakan jajan atau snack buat mereka.
“Jadi suspek dan kebanyakan kanak-kanak di sini memang rapat. Mereka juga sering pergi ke rumah suspek. Rupanya di sinilah suspek melakukan aksi tak senonoh, mencabul kanak-kanak,” ujar seorang penduduk kampung seperti dilaporkan Indopop.
Dia kemudian menyambung: “Aksi jahat suspek terbongkar kerana ada jiran yang menyedari sesuatu yang aneh kerana kanak-kanak akan pergi ke rumahnya selepas maghrib. Rupa-rupanya semua mangsa diberikan jajan.”
Menurut perkongsian sama selepas menyedari hal tersebut, penduduk bersemuka dan sempat memukul suspek.
Selepas diserahkan kepada pihak polis, dia mengaku sudah lebih 20 kali mencabul kanak-kanak tersebut.
Must-Watch Video