RAISE THE STAR MY
Raise The Star Malaysia: Perjalanan Terhenti! Giliran Ayiena & Maria Affendi Ucap Selamat Tinggal
Bintang Raise The Star Malaysia (RTSMY), Rayme dan Hariz Fahayet sekali lagi berjaya mengekalkan kedudukan di tangga lima teratas.
Selain Rayme dan Hariz, berjaya duduk di kelompok The Five adalah Scha Nuril, Zury dan Pasya.
Mengikut jejak langkah The Five mara ke minggu kelima adalah Keka, Zuana, Sharee Lopes, Didie Shazry, Darling, Aril Eles, Max Brandon, Melinda Dadew dan Alif Amie.
Sementara itu, perjalanan Ayiena dan Maria Affendi terhenti di minggu keempat.
Melinda Dadew sekali lagi berjaya merangkul anugerah Gempak Star On Fire untuk konsert minggu keempat.
Nama-nama bintang yang tidak berjaya mara diumumkan semasa segmen Rise or Fall.
Kesemua peserta diadili oleh lima juri tetap iaitu Ajai, Shila Amzah, Ikhwan Fatanna, Audi Mok dan Aina Abdul.
Para peserta akan diadili oleh komposer berdasarkan persembahan dengan markah penjurian sebanyak 80%, manakala undian pihak umum pula menyumbang kepada 20%.
Raise The Star yang dihoskan oleh Alif Star dan Sherry AlHadad bersiaran secara langsung dari Royale Theater Shah Alam selama 8 minggu.
Program ini turut dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria serta boleh distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan sooka.
Langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan. Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga. Tingkatkan pengalaman penstriman dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan dengan hanya RM139.99/sebulan. Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838.
Must-Watch Video