HIBURAN
Raise The Star Malaysia: Peluang Nyanyi Lagu Shila Amzah Penghormatan Besar Buat Keka
Finalis Raise The Star Malaysia (RTSMY), Keka Nizam meluahkan rasa syukur selepas terpilih untuk mendendangkan lagu nukilan komposer, Shila Amzah.
Jelas Keka, mendapat mandat untuk menyanyikan lagu Dusta Cinta itu merupakan satu penghormatan baginya dan akan cuba membawa tanggungjawab itu sebaiknya.
“Shila Amzah sebenarnya adalah seorang yang sangat saya hormati dan saya sangat mengidolakan dia. Jadi bila dapat bekerjasama, dapat lagu ciptaanya, It's an honour lah for me dan saya akan bawa tanggungjawab serta amanah ini dengan sebaik mungkin.
“Meskipun bukan juara, saya tidak akan berhenti berusaha. Mungkin rezeki saya suatu hari nanti dapat menjadi seorang penyanyi yang baik dan setanding mereka di luar sana,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Keka juga tidak menolak untuk mengeluarkan muzik video atau merancang untuk keluarkan sebuah album pada masa akan datang.
Namun apa yang menjad harapan penyanyi muda ini adalah perjalanannya dalam dunia seni ini dipermudahkan.
“Untuk perancangan selepas ini, mungkin kalau ada rezeki kita shoot MV, keluarkan album kita tidak tahu. Cuma saya harap anda dapat mendoakan perjalanan karier saya dalam dunia seni berjalan dengan lancar,” ujarnya.
Keka menduduki tangga kelima dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM5,000, trofi dan sebuah lagu daripada Shila Amzah berjudul Dusta Cinta.
Must-Watch Video