gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Majlis Kahwin Bekas Ahli EXO, Tao & Xu Yiyang Bakal Berlangsung Pada Oktober Ini
VIRAL
Berniqab, Menyamar 'Wati' Demi Kahwini Lelaki Pujaan
HIBURAN
Rapper Hentikan Konsert, Marah Peminat Bawa Bayi: “Anda Bawa Macam Patung”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

RAISE THE STAR MY

Raise The Star Malaysia: Kecundang Di Tangan Rayme, Pasya Langsung Tak Berkecil Hati - “Ada 10 Komposer Yang Sudah Melamar Saya Sebelum…”

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
12/08/2025
14:25 MYT
Sponsor Banner
Raise The Star Malaysia: Kecundang Di Tangan Rayme, Pasya Langsung Tak Berkecil Hati - “Ada 10 Komposer Yang Sudah Melamar Saya Sebelum…”
Finalis Raise The Star Malaysia (RTSMY), Pasya akui berpuas hati dengan persembahan yang dibawakan di pertandingan tersebut meskipun gagal untuk debut dengan sebuah lagu baharu ciptaan Audi Mok.
Jelas Pasya, kemenangan bukan lagi fokus utamanya kerana matlamatnya menyertai RTSMY adalah untuk menonjolkan sisi dirinya yang berbeza.
“Alhamdulillah, pertama sekali apa yang saya boleh katakan saya sangat puas dengan persembahan malam ini. Dapat ke tak dapat saya dah tak fikir sebenarnya sebab dalam show ini saya punya matlamat adalah untuk tonjolkan sisi saya yang lain.
“Saya nak tunjuk saya boleh menari, berlakon, menyanyi dan bagi saya persembahan saya di pentas akhir lebih memberi berbanding separuh akhir.
“Dan yang penting saya tidak pulak dengan tangan kosong sebab berjaya membawa pulang Unbeatable Star, sekurang-kurangnya RM5,000 dalam tangan,” katanya.
Mengulas pandangan netizen yang merasakan dia layak membawa lagu tersebut, Pasya mengambil sikap positif dan menganggap ia sebagai adat pertandingan.
Pasya juga berkongsi bahawa dia telah menerima tawaran kerjasama daripada 10 orang komposer selepas tamatnya RTSMY.
“Saya hanya mampu ucap terima kasih dengan pendapat yang anda berikan tapi jangan risau saya okay sahaja. Selepas program ini sebenarnya saya dah rancang untuk keluarkan single saya sekiranya saya tak dapat lagu.
“Sebenarnya semua dah siap hanya tunggu nak lancarkan sahaja dan ada 10 komposer yang sudah melamar saya sebelum rancangan ini berkahir jadi saya dah cuba rancang sebaiknya perjalanan saya dalam industri,” tambahnya.
Topic Berkaitan
#Pasya
#Raise The Star Malaysia
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement