gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
"Sebab Sebiji Epal, Saya Didenda RM1,000 Di New Zealand" - Umie Aida
VIRAL
“Lip Sync Pun Dah Handsome” - Netizen ‘Jatuh Cinta’ Dengan Zaki Yamani
HIBURAN
Dikecam Dakwa ‘Car Seat’ Bayi Tak Selamat, Suami Tampil Pertahankan Atikah Suhaime - “Kalau Kalian Tak Suka, Saya Akan…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

RAISE THE STAR MY

Raise The Star Malaysia: Gugur Air Mata! Sharee Lopes Sukar Bawa Lagu Jangan Mati Rasa Itu - “Saya Tak Pernah Ada Niat Untuk…”

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
04/07/2025
05:55 MYT
Sponsor Banner
Raise The Star Malaysia: Gugur Air Mata! Sharee Lopes Sukar Bawa Lagu Jangan Mati Rasa Itu - “Saya Tak Pernah Ada Niat Untuk…”
Bintang Raise The Star Malaysia (RTSMY), Sharee Lopes meluahkan rasa sebak ketika membawakan lagu Jangan Mati Rasa Itu pada konsert minggu kedua.
Jelas Sharee, dia memilih lagu yang dipopularkan oleh Aina Abdul itu kerana lagu tersebut mempunyai nilai sentimental buat dirinya.
“Sejak lagu ini dilancarkan saya tak pernah ada niat untuk nyanyikan tapi lagu ini benar-benar dekat dengan diri saya maksudnya saya tak akan pernah lupakan arwah abah saya jadi sebab itu saya memilih lagu ini untuk konsert minggu kedua kerana dia nak sangat tengok saya jadi penyanyi.
“Banyak kenangan saya bersama dengan arwah, jadi bila saya bawa lagu Jangan Mati Rasa Itu saya memang sangat-sangat sebak tapi nasib baik saya tak menangis kalau tidak memang akan terganggu persembahan saya,”katanya kepada Gempak.
Mempunyai ikatan yang kuat dengan lagu tersebut, Sharee akui dia menghadapi pelbagai masalah sebelum menyampaikan lagu itu semasa siaran langsung.
Namun atas nasihat guru vokalnya dia cuba berikan yang terbaik semasa menyampaikan lagu tersebut dihadapan lima juri tetap termasuk Aina Abdul.
“Saya sebenarnya Aination sebab itu saya memilih lagu itu sebab lagu itu juga terlalu dekat dengan saya sehingga membuatkan saya rasa gemuruh.
“Saya adalah peserta paling banyak masalah sebelum siaran langsung. Sebelum nak live itu saya je yang masih cuba dengan band untuk lagu ini tapi cikgu vokal saya minta untuk saya tidak terlalu memikirkannya dan hanya berikan yang terbaik untuk persembahan ini,” katanya.
Raise The Star yang dihoskan oleh Alif Star dan Sherry AlHadad bersiaran secara langsung dari Royale Theater Shah Alam selama 8 minggu.
Program ini turut dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria serta boleh distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan sooka.
Langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan. Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga. Tingkatkan pengalaman penstriman dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan dengan hanya RM139.99/sebulan.
Topic Berkaitan
#Aina Abdul
#Jangan Mati Rasa Itu
#Raise The Star Malaysia
#Sharee Lopes
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement