RAISE THE STAR MY
Raise The Star Malaysia: Didie Shazry Buktikan Boleh Menyanyi Tanpa Gitar, Kini Bidik Gelaran Juara
Bintang Raise The Star Malaysia (RTSMY), Didie Shazry akui ingin membuktikan bahawa dirinya mampu menyanyi dengan baik walaupun tanpa menggunakan gitar sebagai alat pengiring.
Menurut Didie, minggu separuh akhir ini menjadi peluang untuk menunjukkan sisi berbeza dalam persembahannya.
“Sebenarnya, di minggu separuh akhir ini saya cuba buktikan yang saya boleh menyanyi tanpa guna gitar. Saya nak tunjukkan kepada orang ramai meskipun tanpa gitar saya masih boleh nyanyi dengan baik dan berikan aura saya kepada orang,” katanya.
Ditanya mengenai kemungkinan membawakan instrumen apa yang bakal dipersembahkan di pentas akhir.
Penyanyi muda kelahiran Sabah ini enggan berkongsi lagi malah meminta agar penonton nantikan persembahan terakhirnya di RTSMY.
“Rahsia, saya tak boleh kongsi lagi akan guna instrumen apa tapi nantikan,” jawabnya ringkas.
Didie berjaya melayakkan diri ke pentas akhir selepas berjaya memperoleh markah keseluruhan sebanyak 71.26 peratus menerusi persembahannya dengan lagu Cantik dan Putri Iklan nyanyian asal ST12.
Must-Watch Video