gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
“Tak Pernah Komen Politik” – Dafi Tak Terjejas Isu Libatkan Bapa, Fokus Pada Karier Sendiri
KELUANG MAN
Superhero OG Pertama Di Malaysia, Keluang Man Kini Di Astro First!
HIBURAN
Bercuti Di China, Syasya Rizal Termakan Daging Bab* - “Itulah Ingat Label Halal Untuk Semua Makanan...”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

RAISE THE STAR MY

Raise The Star Malaysia: Akui Kurang Keyakinan Diri, Scha Nuril Sebak Terima 5 Bintang Dari Ajai - “Kadang-Kadang Saya Rasa Tak…”

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
09/07/2025
20:55 MYT
Sponsor Banner
Raise The Star Malaysia: Akui Kurang Keyakinan Diri, Scha Nuril Sebak Terima 5 Bintang Dari Ajai - “Kadang-Kadang Saya Rasa Tak…”

Bintang Raise The Star Malaysia (RTSMY), Scha Nuril meluahkan rasa terharu selepas menerima lima bintang daripada juri, Ajai menerusi persembahannya pada minggu ketiga.

Menurut Scha, dia tidak menyangka juri melihat potensi besar dalam dirinya walaupun dia sendiri masih bergelut dengan keyakinan diri sepanjang pertandingan berlangsung.
“Juri nampak apa yang saya tak nampak tentang diri saya jadi saya rasa sangat terharu. Kadang-kadang saya rasa tak cukup bagus untuk berlawan dengan mereka sebab mereka ni semua hebat-hebat.
“Setiap minggu mereka berikan yang terbaik macam minggu akhir membuatkan saya rasa cukup ke persembahan saya ini?,” katanya kepada Gempak.
Scha juga mengakui bahawa rasa kurang yakin sering bermain di fikirannya namun tetap memilih untuk berikan persembahan yang terbaik sepanjang berada di RTSMY.
“Ya betul, saya mengakui benda ni bermain di fikiran tapi bak kata orang the show must go on. Saya perlu buat apa yang patut saya buat dan tunjukkan kepada semua apa yang saya ada,” katanya
Scha berjaya meraih markah keseluruhan sebanyak 59.19 peratus menerusi persembahan mantapnya membawakan lagu Menjaga Jodoh Orang Lain yang dipopularkan oleh Ara Johari.
Topic Berkaitan
#Ajai
#Raise The Star Malaysia
#Scha Nuril
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement