gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Selamat Lahirkan Anak Ke-4, Aisyah Hijanah Kongsi Pengalaman Uri Melekat Dekat Rahim - “Saya Diberi 2 Pilihan Sama Ada…”
SUKAN
Air Mata Johan Ghazali Tumpah Selepas Tewas Kepada Diego Paez - “Jojo Tak Nak Bagi Alasan Banyak”
VIRAL
Warga Emas Patah Tulang Rusuk Ditanduk Lembu Korban
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
GAYA HIDUP

Rai Ulangtahun Ke-20, Rizman Ruzaini Lancar 5 Koleksi Raya 2025 Serentak

gempak
Amri Hassan
16/02/2025
12:25 MYT
Sponsor Banner
Rai Ulangtahun Ke-20, Rizman Ruzaini Lancar 5 Koleksi Raya 2025 Serentak
Jenama fesyen ikonik Rizman Ruzaini meraikan ulang tahun ke-20 dengan pelancaran lima koleksi eksklusif sempena Aidilfitri 2025.
Lima koleksi ini bukan sekadar seleksi pakaian raya, tetapi juga penghormatan kepada perjalanan fesyen mereka sejak dua dekad lalu.
Menampilkan Rizman Ruzaini Raya 2025 Couture Collection, Rizman Ruzaini 20th Anniversary Raya 2025 RTW Capsule Collection, Rizman Ruzaini Red Raya 2025 RTW Collection, RR by Rizman Ruzaini Raya 2025 Empress Collection dan RR by Rizman Ruzaini Basic Raya 2025 Collection, setiap satu dirangka sebagai tribut kepada pelanggan setia, RR Royalties.

Tiada Muse Selebriti

Tahun ini, Rizman Ruzaini mengambil langkah berbeza dengan tidak melantik mana-mana selebriti sebagai muse untuk koleksi mereka.
Menurut Rizman, sudah tiba masanya pelanggan setia mereka yang selama ini menjadi tulang belakang jenama diberikan penghargaan untuk menggayakan koleksi ini.
“Bagi saya tempoh 20 tahun itu sendiri sudah menggambarkan kemampuan jenama ini untuk bersaing dalam liga tersendiri.
”Mengapa kami muncul dengan keputusan ini, bagi saya rakan artis adalah antara faktor Rizman Ruzaini berada pada tahap ini, jelasnya kami tidak akan sesekali melupakan rakan-rakan artis yang sentiasa memberi sokongan atas kerja keras kami.
”Cuma kali ini kami ingin menghargai RR Royalties, yang juga pelanggan Rizman Ruzaini. Perlu diingatkan pelanggan kami hadir dari pelbagai latar belakang, dan setiap dari mereka ini adalah penyumbang setiap keputusan di Rizman Ruzaini,” jelasnya.

Sarat Nostalgia

Setiap koleksi yang dilancarkan membawa sentuhan unik dan naratif tersendiri, menggabungkan elemen warisan, kemewahan, dan fesyen kontemporari:
Rizman Ruzaini Raya 2025 Couture Collection – Inspirasi warisan budaya Malaysia, koleksi ini mengangkat kehalusan seni tradisi dalam rekaan eksklusif. Yang Mulia Tengku Shaheera binti Tengku Abdullah dipilih sebagai muse, mencerminkan kemewahan dan ketelitian dalam setiap perincian.
Rizman Ruzaini 20th Anniversary Raya 2025 RTW Capsule Collection – Menampilkan rekaan-rekaan ikonik yang pernah mencetuskan fenomena dalam dunia fesyen Rizman Ruzaini. Setiap helaian diberi nafas baharu, sesuai dengan cita rasa moden pelanggan hari ini.
Rizman Ruzaini Red Raya 2025 RTW Collection – Pilihan tepat bagi mereka yang menginginkan rekaan eksklusif dengan harga lebih mampu milik. Koleksi ini diilhamkan daripada koleksi Mustika dan hadir dengan lapan rekaan berbeza, menggunakan fabrik premium yang menawan.
RR by Rizman Ruzaini Basic Raya 2025 Collection – Koleksi yang sentiasa menjadi rebutan setiap tahun! Dilancarkan lima tahun lalu, koleksi ini kekal sebagai pilihan utama pelanggan dengan lebih 300,000 pasang terjual sejak diperkenalkan. Dengan puluhan warna baharu, ia terus menjadi sebahagian daripada identiti Syawal bagi RR Royalties.
RR by Rizman Ruzaini Raya 2025 Empress Collection – Koleksi yang menggabungkan sejarah dan kemewahan, diinspirasikan oleh legasi British Raj dan pemerintahan Ratu Victoria. Setiap helaian menampilkan gabungan silhouettes klasik dengan perincian moden, menjadikan ia koleksi yang benar-benar ikonik.
Topic Berkaitan
#Gaya Hidup
#Fesyen
#Raya
#Aidilfitri
#Rizman Ruzaini
#Koleksi
#Muse
#RR
Must-Watch Video