,
Laman Utama

Rahsia Rasuk Penonton! Tiga Hari Tayangan Kutipan Dah Cecah RM1.3 Juta

Mya Amri
13/08/2023
07:42 MYT
Baru tiga hari ditayangkan, filem terbitan Astro Shaw dan Five Star Trading iaitu Rahsia versi reboot telah meraih kutipan sebanyak RM1.3 juta.
Berita itu disampaikan menerusi akaun Instagram rasmi Astro Gempak.
“Alhamdulillah. Filem seram Rahsia berjaya mendapat kutipan sebanyak RM1.3 juta dalam masa tiga hari tayangan. Terima kasih kepada semua,” maklum akaun tersebut.
Mula berada di pawagam semenjak 10 Ogos lalu, filem ini mendapat respon yang sangat baik dari peminat filem tempatan.
Malah, ada juga yang menonton filem ini lebih daripada dua kali. BACA: “Aura Dia Lain Macam” - Pengarah Gerun Jumpa Legenda! Eman Manan Setuju Berlakon Rahsia Lepas Baca Skrip
Filem ini juga mendapat sentuhan pengarah berbakat, Shamyl Othman iaitu anak kepada sutradara asal naskhah Rahsia 1987, Othman Hafsham.
Manakala skrip pula dihasilkan oleh creator drama premium Astro, One Cent Thief iaitu Alfie Palermo.
Seperti versi asal Rahsia yang membariskan pelakon terkenal negara, versi reboot turut menampilkan wajah-wajah popular.
Watak Ramlah yang dijayakan oleh Noor Kumalasari, kini dilakonkan oleh Nabila Huda. Manakala, watak Hamdan oleh Shukery Hashim digerakkan oleh Fikry Ibrahim.
Barisan pelakon lain termasuk Eman Manan, Marsha Milan, Rashidi Ishak, Qistina Raisah, Syed Ali Murtadha, Mislina Mustaffa, Aloy Paradoks serta Nabil Zakaria di samping penampilan istimewa Othman Hafsham dan Susan Lankester.
Rahsia membawa tagline Dia Takkan Pergi manakala lagu berjudul Alunan Lara adalah lagu tema rasmi Rahsia yang dinyanyikan oleh Njwa.
SINOPSIS:
Rahsia membongkar sejarah silam sebuah keluarga. Ramlah pulang bercuti ke rumah ayahnya, Tan Sri Karim bersama suami, Hamdan dan anak-anak, Marina dan Saiful.
Keadaan menjadi keruh apabila Saiful tiba-tiba lesap sewaktu mereka berkelah di tepi pantai.
Pihak polis yakin Saiful hilang di persisiran pantai, namun Ramlah berkeras bahawa anaknya disembunyikan kuasa mistik.
Sementara Hamdan menyertai pihak polis dalam operasi pencarian, Ramlah diganggu oleh kelibat wanita yang menggerunkan.
Walaupun tiada bukti kukuh, Ramlah bertekad untuk berdepan dengan puaka tersebut sekali gus merungkai rahsia di sebalik kehilangan anaknya itu.
Jangan lupa saksikan Rahsia yang kini berada di pawagam seluruh negara.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Zaki Yamani Ada Sebab Rahsiakan Result SPM - “Ayah Tak Duduk Sekali, Jadi Tak Rasa Nak Luah Pada Dia”

gempak
20/08/2024
12:55 MYT
Penyanyi Zaki Yamani memaklumkan dia mempunyai alasan sendiri mengapa merahsiakan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diperolehnya baru-baru ini.
Hiburan

Syafiq Kyle Dedah Ada Pihak Skeptikal, Takut Filem Lakonannya Tak Meletup – “Kutipan Tinggi Itu Bukan Kerja Saya"

gempak
13/08/2024
06:55 MYT
Aktor Syafiq Kyle mendedahkan ada pihak yang melabelnya artis bermasalah sehingga ada pihak yang enggan mengambilnya bekerja kerana takut berdepan kerugian.
Berita

Seleweng Kutipan Derma, Suami Isteri Pempengaruh Ditahan SPRM

gempak
10/07/2024
14:37 MYT
Pasangan suami isteri yang juga pempengaruh yang terpalit dengan isu dakwaan menyeleweng kutipan derma ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini.
Filem

The Experts Raih RM10 Juta! Jadi Pilihan Ramai Di Pawagam

gempak
03/06/2024
05:04 MYT
Filem aksi heist nombor satu pilihan ramai ketika ini, The Experts terus mencipta kejayaan apabila berjaya meraih kutipan RM10 juta.
Hiburan

Ruhainies Bakal Dedah Sesuatu?

gempak
01/06/2024
10:37 MYT
Pelakon Ruhainies seakan-akan memberikan bayangan bakal mendedahkan sesuatu yang akan mengejutkan ramai.