Laman Utama
Ragu-Ragu Bahan Dalam Ramen Di Pasaran? Ryzal Ibrahim Ajar Cara Kenal Pasti Unsur Khinzir
Personaliti media sosial, Ryzal Ibrahim menerangkan cara-cara mengenalpasti bahan yang mengandungi unsur khinzir dalam ramen di pasaran.
Menurut Ryzal, dia tampil membuat penjelasan ekoran ramai yang bertanya kepadanya tentang perkara itu.
"Assalamualaikum, Hi semua.
"Memandangkan ramai yang tanya Ryzal produk ramen Korea itu ini halal ke tidak, macam mana nak tengok bahan mengandungi 'pork' biar saya explain dengan mudah," tulisnya sebagai kapsyen.
Ryzal kemudian menyenaraikan beberapa perkataan dalam Bahasa Korea dan menyarankan orang ramai memeriksa perkataan-perkataan itu di belakang bungkusan produk.
“돼지고기” Perkataan ni bermaksud “Pork Meat”.
"Tengok di belakang packaging mesti tak faham sebab semua bahasa Korea kan? Dimana pula label bahan-bahan? Kalau ada English Ingredients, lain cerita.
"Okay macam ni, di belakang ada satu label dalam kotak iaitu bahan-bahan (swipe left) saya dah bulatkan. Dan setiap produk Korea dalam label bahan tu ada perkataan “돼지고기”, maksudnya jangan lah beli kecuali korang non-muslim.
"돼지 (Dwaeji) maksudnya Khinzir.
"고기 (Gogi) maksudnya Daging.
"Manakala 쇠고기 (Sogogi) pula maksudnya Daging Lembu," jelasnya.
Dalam entri sama, Ryzal juga menjelaskan tentang produk yang tidak mengandungi unsur khinzir tetapi diproses di kilang yang menghasilkan makanan lain dengan menggunakan unsur tersebut.
Perkongsian itu mendapat perhatian ramai pengikut Ryzal.
Ada antara mereka berasa ragu dengan status halal sesetengah jenama ramen di pasaran.
Must-Watch Video