,
Laman Utama

Rage-Jean Page Diumum Sebagai Lelaki Wajah Paling Sempurna Di Dunia

Maliah Surip
28/01/2023
13:45 MYT
Bintang Bridgerton, Rage-Jean Page diumumkan sebagai lelaki dengan wajah paling sempurna di dunia.
Pengiktirafan itu dilakukan menerusi perkiraan dalam Greek Golden Ratio of Beauty Phi, lapor Mirror.
Aktor berusia 34 tahun itu disifatkan memiliki ciri ciri wajah selebriti lelaki paling sempurna mengalahkan nama besar lain seperti Cris Hemsworth hingga Harry Styles.
Menurut Dr Julian de Silva, Page disifatkan lelaki paling tampan di dunia selepas menggabungkan perkiraan versi Greek Ratio of Beauty Phi dengan teknik komputer yang selalunya dijadikan rujukan sebelum melakukan pembedahan plastik.
“Menerusi kaedah ini, setiap bentuk wajah akan dinilai sebelum seseorang klien menjalani rawatan pembedahan plastik.
“Rege-Jean Page memperoleh nilai sekitar 93,65% dengan mata cokelat indahnya adalah yang paling menawan dengan tingkat kesempurnaan mencapai 99,8%.
“Dia punya nilai paling tinggi untuk mata dan posisi matanya juga dapat nilai tertinggi. Bentuk bibirnya yang sempurna juga dapat nilai tinggi dan satu-satunya nilai yang dia dapat agak rendah adalah lebar dan panjang hidung," jelas Dr Julian.
Pakar itu lagi mengatakan Page mempunyai dahi dengan nilai kesempurnaan mencapai 91%, 92% untuk bentuk wajah sama seperti hidung dan lebar bibir serta 94% untuk dagu.
Selain Rege-Jean Page, selebriti lelaki lain yang dinilai punya wajah sempurna adalah Chris Hemsworth dengan nilai 93,53%.
Michael B Jordan juga masuk dalam senarai lelaki paling tampan di dunia dengan nilai 93,46%, penyanyi Harry Styles dengan nilai 92,30% serta Jude Bellingham dengan nilai 92,22%.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hollywood

Shakira Hentikan Persembahan Lepas Peminat Rakam Video Dari Bawah Dress

gempak
17/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi Shakira menghentikan persembahan selepas berang dengan tindakan penonton yang merakam dirinya daripada bahagian bawah dress pendek berwarna coklat yang dipakainya.
Hollywood

Abang Mendiang Michael Jackson, Tito Meninggal Dunia Di Usia 70 Tahun

gempak
16/09/2024
21:00 MYT
Tito Jackson yang terkenal sebagai anggota Jackson 5 dilaporkan meninggal dunia pada usia 70 tahun.
Hollywood

Mariah Carey Memang Diva, Panjat Tembok Besar China Pakai Kasut Tinggi 5 Inci

gempak
15/09/2024
12:29 MYT
Great Wall of China atau Tembok Besar China menjadi destinasi pelancongan yang cukup ikonik untuk dilawati.
Hollywood

Sadis! Tak Sempat Lari Ratu Cantik Switzerland Maut, Suami Cekik & Blender Anggota Badan

gempak
14/09/2024
18:55 MYT
Hajat salah seorang finalis Ratu Switzerland, Jenazah Kristina Joksimovic untuk melarikan diri daripada suaminya tidak kesampaian apabila dibunuh lelaki tersebut.