HIBURAN
Raffi Ahmad, Inul Daratista Masing-Masing Korban 5 Ekor Lembu Di Aidiladha
Sambutan Hari Raya Aidiladha yang bakal menjelma menyaksikan ramai selebriti Indonesia melakukan ibadah korban. Antara dua selebriti yang tidak pernah terlepas menjalankan ibadah korban hampir setiap tahun adalah Raffi Ahmad dan Inul Daratista.
Seperti dilaporkan Kompas, Raffi dan Inul masing-masing telah mempersiapkan lima ekor lembu untuk Aidiladha tahun ini.
Raffi membeli lima ekor lembu yang cukup besar daripada rakan pengacaram Irfan Hakim. Menurut Irfan: “Alhamdulillah Raffi dan beberapa rakan lain juga membeli lembu premium jualan saya untuk dijadikan haiwan korban AidilAdha.”
Sementara Inul yang juga membeli lima ekor lembu untuk dikorbankan tahun ini mengaku membeli haiwan tersebut hasil tabungan yang dibuat sepanjang tahun.
"InsyaAllah lima (ekor lembu), sama seperti tahun sebelumnya,” ujar Inul. Dia juga mengatakan: “Saya tidak beli secara tunai tapi membayar secara sedikit demi sedikit hasil tabungan,” katanya.
Must-Watch Video