,
Laman Utama

Raffi Ahmad Beli 20 Ekor Lembu Korban, Sempat Tunggang & Namakan Onto Seno

Amri Hassan
10/07/2022
03:38 MYT
Selebriti Indonesia, Raffi Ahmad dan isteri, Nagita Slavina memborong 20 ekor lembut untuk dikorbankan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini.
Antara 20 ekor lembu itu, dua daripadanya dibelikan atas nama pembantunya, Merry dan Sensen.
Manakala, seekornya lagi disumbangkan kepada masjid.
"Kita cari sapi (lembu). Aku beli tiga buat Merry, Sensen dan satu lagi disumbangkan buat masjid. Saya sudah janji di kampung Merry," maklumnya menerusi YouTube Rans Entertainment.
Difahamkan lembu-lembu itu dibeli dari sebuah pusat penternakan lembu di Cangkringan, Yogyakarta.
Menariknya, salah seekor lembu yang dibeli Raffi mencecah berat 1,300 kilogram diberikan nama Onto Seno.
"Umurnya empat tahun sekarang," kata penternak lembu, Sulistyo.
Raffi turut berkongsi sekeping fotonya menunggang lembu yang diberi nama Onto Seno itu di Instagram.
Pada awal pagi Aidiladha, Raffi dan keluarga sempat turun padang menyertai aktiviti penyembelihan lembu korban.
Dalam pada itu, Raffi dan Nagita turut menyumbangkan 10 ekor kambing yang diagihkan ke beberapa lokasi di Bandung, Tebet, Lebak Bulus dan Andara.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.