HIBURAN
Qawiy Selamat Bergelar Suami Kepada Pilihan Hati, Pilih Bernikah Di London
Pempengaruh, Qawiy selamat bergelar suami kepada pilihan hatinya, semalam.
Perkara tersebut dikongsi Qawiy atau nama sebenarnya Abdul Qawiy Abd Rashit, di Instagram dengan memuat naik foto momen pernikahan.
Lebih bermakna, majlis pernikahan tersebut diadakan di Greenwich, London, United Kingdom.
Cukup sederhana dengan hanya dihadiri ahli keluarga, Qawiy menyarung jubah putih dan pengantin perempuan mengenakan busana sedondon.
“Alhamdulillah completing half of my deen w my other half,” tulis Qawiy syukur.
Untuk info, Qawiy yang juga beks penuntut di Madrasah Darul Uloom Zakariyya, Johannesburg, Afrika Selatan itu mula mendapat perhatian apabila menganjurkan kelas mengaji online pada 2021 dan membuat kandungan menerjah orang ramai menyambung ayat suci Al-Quran.
Tahniah dan selamat pengantin baharu buat Qawiy dan pasangan.
Must-Watch Video