gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Tun Mahathir Genap 100 Tahun, Marina Imbas Detik Getir Dua Pembedahan Jantung: ‘Selamat hari lahir, Daddy!’
HOLLYWOOD
Johnny Depp Cerita Didera Ibu: “Dia Baling Kasut Tinggi, Telefon...”
BERITA
Ulang Tahun Ke-100: Tun Mahathir Ingin Lihat Malaysia Kembali Jadi 'Asian Tiger'
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Qasrina Karim Berehat Sebentar Dari Kerja, Fokus Ibadah Ramadan - “Selalu Bila Bulan Puasa…”

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
01/03/2025
14:55 MYT
Sponsor Banner
Qasrina Karim Berehat Sebentar Dari Kerja, Fokus Ibadah Ramadan - “Selalu Bila Bulan Puasa…”

Pelakon, Qasrina Karim meluahkan rasa teruja kerana tahun ini dapat menunaikan ibadah puasa bersama keluarga sepanjang bulan Ramadan.

Jelas Qasrina atau nama lengkapnya Qasrina Abdul Karim, kebiasaannya dia tetap bekerja pada bulan ramadan kerana menganggap projek yang datang itu adalah satu rezeki.
Namun, tahun ini, jadualnya lebih lapang kerana semua projek hanya akan bermula selepas Aidilfitri.

“Selalu bila bulan puasa memang ada mentaliti untuk berehat dan fokus melakukan ibadah puasa bersama keluarga tapi kadang-kadang ada projek masuk dan itu juga adalah rezeki jadi nak tolak tu rasa sayang.

“Jadi untuk beberapa tahun kebelakangan ini saya memang bekerja cuma tahun ini tiada projek yang masuk semuanya selepas raya jadi saya rasa saya boleh berehat untuk tahun ini dan beri lebih fokus kepada ibadah puasa bersama keluarga saya tahun ini,” katanya.
Selain itu, pelakon drama My Famous Ex-Boyfriend ini turut berkongsi bahawa perkara yang paling dirinduinya ketika Ramadan adalah berbuka puasa dan menunaikan solat terawih bersama keluarga.
“Kalau cakap pasal ramadan, apa yang paling saya rindu adalah dapat berbuka puasa dan menunaikan solat terawih bersama keluarga saya. Sebab adik beradik saya ada yang dah berkahwin dan ada yang belajar jauh jadi bila bulan puasa ni mereka akan balik dan kami akan spend time bersama.
“Kami selalunya akan lakukan solat terawih di rumah bersama keluarga. Saya pun dah lama tak dapat rasa momen itu sebab bekerja jadi tahun ini dapatlah rasa balik momen itu,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Qasrina juga akan muncul dalam siri Geng D.U.I.T bersama Bell Ngasri, Imran Aqil, Mikael Noah, Umar Shakur​, Hafiy Al Tamis, Firman Uzair, Kiky Hannah, dan Laura Olivia.

Geng D.U.I.T sudah mula ditayangkan pada 21 Feb ini, setiap Jumaat jam 3 Petang di Astro Ceria (611) & Astro Go!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement