gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Nur Nilam Tidak Berpurdah, Mata Pun Lain - “Itu Bukan Saya, Atas Hati Dan Pemikiran Masing-Masing”
VIRAL
Bekas Ratu Cantik Buat Laporan Polis, Dakwa Dic*bul Di Kuil - "Dia Masukkan Tangan Ke Dalam ..."
HIBURAN
Nam Ron Tolak Watak Pedofilia, Tak Sanggup Lukakan Diri Sendiri Secara Emosi - "Kena Tahu Bila Perlu Berhenti"
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HOLLYWOOD

Johnny Depp Cerita Didera Ibu: “Dia Baling Kasut Tinggi, Telefon...”

Maliah Surip
Maliah Surip
10/07/2025
15:50 MYT
Sponsor Banner
Johnny Depp Cerita Didera Ibu: “Dia Baling Kasut Tinggi, Telefon...”
Bintang hebat Johnny Depp menceritakan zaman kanak-kanaknya bukanlah zaman yang baik buat dirinya dan adik-beradik yang lain.
Menurut Depp, dia dan adik-beradik yang lain selalu didera oleh ibu mereka, Betty Sue Palmer sewaktu mereka kecil.
“Dia pukul saya guna kayu, kasut, tempat habuk rokok, telefon atau apa sahaja yang berada berdekatan dengannya,” dedah Depp seperti dilaporkan The Telegraph.
Tidak hanya memukul, Deep yang menyifatkan ibunya sebagai ganas dan kejam melakukan penderaan mental terhadapnya.
“Penderaan mental yang dilakukan lebih menyakitkan daripada dipukul kerana ia hanya memberi kesan terhadap fizikal dan ia boleh sembuh,” katanya.
Namun kata Depp kerana sikap ibunya yang kejam sewaktu mereka kecil telah membuat dia melayan anak-anaknya dengan baik.
“Saya perlu berterima kasih kepada ibu kerana layanan buruk yang diberikan membuat saya berfikir untuk tidak layak membesarkan anak. Namun saya melakukan hal sebaliknya (layan anak dengan baik),” katanya lagi.
Depp sendiri memiliki seorang anak perempuan iaitu Lily-Rose, 26, dan Jack, 23, hasil hubungan bersama bekas pasangannya, Vanessa Paradis.
Dan meski pernah berdepan detik hitam didera ibunya, Depp kemudian berbaik dengan ibunya sebelum wanita itu meninggal dunia pada usia 81 tahun pada 2016 silam.
Selain Depp, kakaknya, Christi Dembrowski juga menceritakan pengalaman hitam didera oleh ibu mereka.
“Sewaktu kami kecil tiada hal di rumah yang menyenangkan. Ibu akan memukul atau melempar barang kepada kami. Dan jika Depp dipukul atau didera, dia tidak akan melawan. Dia hanya diam,” dedah kakaknya.
Malah dia dan Depp berjanji untuk tidak mahu mengulangi perbuatan yang pernah ibu mereka lakukan. Mereka berazam untuk menjalani kehidupan yang lebih baik dan tidak menyakiti anak-anak apabila berkahwin kelak.
Topic Berkaitan
#Hollywood
#Johnny Depp
#Dera
#Ibu
#Kasut
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement