,
Hiburan

Puteri Sarah Diangkat Ikon Ibu Tunggal - "Dia Ajar & Beri Nasihat Bagaimana Menyayangi Anak-Anaknya"

Amri Hassan
10/07/2024
11:16 MYT
Dua pelakon Puteri Sarah Liyana dan Nad Zainal menerima Anugerah Khas dari syarikat MommyHana susulan impak positif diterima daripada pengguna serta sumbangan di media sosial ke arah peningkatan tahap kredibiliti dan pengukuhan jenama tersebut.
Pengasas dan Pengarah MommyHanna, Hana Shahadan berkata, kandungan dihasilkan oleh dua selebriti wanita popular itu berjaya menyumbang kepada impak positif terhadap penjenamaan syarikat, sekali gus melayakkan mereka menerima Anugerah Khas.
“Nad Zainal dipilih disebabkan dia seorang pempengaruh yang membantu MommyHana daripada segi kandungan sehingga apa yang dihasilkan meraih tontonan keseluruhan sebanyak 10 juta.
“Kandungan dihasilkan bersama suaminya, Ungku Ismail memberi impak positif kepada masyarakat bagaimana perlunya sentiasa bermaafan dan mudah memaafkan. Mereka menghasilkan kandungan yang memberi impak baik kepada masyarakat sebagai keluarga, malah sebagai suami isteri. Disebabkan itu kami beri satu penghargaan kepada mereka.
“Puteri Sarah juga sama seperti Nad Zainal, tetapi dia adalah ikon ibu tunggal yang kita rasa sangat memberi impak positif kepada masyarakat di luar sana yang masa seorang wanita harus menjadi kuat untuk anak-anak. Jadi, kandungan dihasilkan Puteri Sarah menjadi ‘viral’ dengan mendapat jutaan tontonan, malah banyak memberi impak baik daripada segi kekeluargaan.
“Dia mengajar dan memberi nasihat bagaimana seorang ibu sangat menyayangi anak-anaknya. Kandungan ‘viral’ dihasilkannya menyebabkan kami rasa tersentuh dan ingin memberikan anugerah khusus kepada mereka kerana membantu MommyHana daripada segi kandungan dan pemasaran,” katanya.
Perkongsian mengenai produk MommyHanna dibuat Nad Zainal dan Puteri Sarah melalui akaun media sosial masing-masing berjaya meraih jutaan tontonan, malah menjadi ‘viral’ sehingga manfaat produk syarikat yang terkenal dalam membantu perkembangan minda dan pendidikan kanak-kanak itu dapat disebar luaskan kepada umum.

BERITA TRENDING: Netizen Terhibur Bila Puteri Sarah Tanya Bella Astillah - “Awak Pandai Nangis Tak?”, Sarah Yasmine Pun Komen Juga

BERITA TRENDING: Didakwa Kembali Rujuk Dengan Bekas Suami, Ini Respons Puteri Sarah!

BERITA TRENDING: Puteri Sarah Kongsi Detik Perkenalan Bersama Andi Arsyil - “Sama-Sama Minat Skincare”

BERITA TRENDING: Tetap Jaga Ukhuwah Dengan Keluarga Puteri Sarah, Yusof Haslam Tak Ambil Hati Syamsul Tak Pulang Beraya

Malam Pesona Klasik Mommyhana 2024

Mengulas penganjuran Majlis Pelancaran & Malam Anugerah MommyHana bertemakan ‘Malam Pesona Klasik’ itu, Hana Shahadan berkata, ia diadakan bagi menghargai semua individu yang terbabit secara langsung atau tidak dalam membantu jenama mereka hingga ke tahap sekarang.
“Kita sangat menghargai dan tahu cara untuk menghargai sebab kadang-kadang orang ingat kita lupa, tapi kita tidak pernah lupa orang yang membantu MommyHana walaupun sekecil bantuan atau sokongan diberikan.
“Secara keseluruhan, seramai 120 orang yang menerima anugerah tidak termasuk Anugerah Khas yang diterima lebih kurang 10 orang. Penerima Anugerah Khas ini pun mereka tidak tahu akan menerimanya, ia disebabkan sumbangan mereka secara tidak langsung seperti dalam kalangan artis, pempengaruh atau pelanggan yang sentiasa menyokong MommyHana.
“Kami sangat hargai mereka, malah Anugerah Khas ini juga untuk tokoh-tokoh yang banyak membantu daripada segi inspirasi dan bantuan semasa berniaga. Sebagai contoh adalah Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah (pakar motivasi) yang membantu dari awal penubuhan MommyHana dan memberi doa. Kita memberi Anugerah Khas ini kepada keseluruhannya,” katanya.

Hadiah outlet bernilai RM1 juta

Majlis yang penuh dengan kejutan demi kejutan ini turut mendapat satu kejutan yang cukup besar apabila dua agen MommyHana diberikan hadiah berupa outlet MommyHana yang bernilai RM1,000,000 setiap satu. Dua outlet Mommyhana ini terletak di pusat membeli belah yang cukup terkenal iaitu di AEON Bandaraya Melaka dan KL East Mall.
Kedua-dua agen Mommyhana ini iaitu Norhafizal Kamil dan Siti Aisyah Syukor diberikan hadiah yang cukup bernilai ini lantaran komitmen mereka berdua yang sentiasa konsisten mendapat antara jualan tertinggi setiap bulan.
Menerusi majlis berkenaan, Hana Shahadan menjelaskan, pihaknya memberi pengiktirafan kepada individu yang banyak membantu meningkatkan taraf MommyHana menerusi beberapa kategori anugerah. Malah, katanya, penerima anugerah dipilih berdasarkan jualan serta bagaimana cara mereka bergerak dalam satu kumpulan.
“Penerima anugerah dipilih berdasarkan ‘sales’ dan ‘grouping’. Kita juga bukan hanya menilai melalui wang ringgit, tapi bagaimana individu itu dapat membantu pasukan dan membantu lebih ramai orang. Kita juga ada memberikan Anugerah Khas kepada individu yang membantu daripada segi pemasaran dan penjenamaan.
“Sebahagian anugerah diberikan kepada mereka yang bekerja di belakang tabir. Mereka sentiasa menyokong MommyHana sejak di awal penubuhan. Tidak dilupakan kepada agen-agen yang kekal konsisten, jadi kita beri mereka penghargaan walaupun jualan tidak tinggi. Kita beri anugerah khusus disebabkan mereka konsisten supaya dapat memberi lebih semangat,” katanya.

Pelancaran beg sekolah berteknologi tinggi & mesra kanak-kanak

Demi memastikan jenama MommyHanna terus bertahan dalam peredaran masa kini, Hana Shahadan turut mengumumkan pelancaran reka bentuk baharu beg kanak-kanak MommyHanna yang lebih baik dan mesra pengguna termasuk memperkenalkan produk ‘My First Book’ iaitu kolaborasi bersama siri animasi terkenal, Upin & Ipin.
“Semasa majlis tersebut kita lancarkan 6 reka bentuk terkini beg MommyHanna. Beg-beg itu kami buat penambah baikan daripada segi ketebalan span supaya budak-budak lebih rasa ringan semasa bawa beg. Kita juga ada tambah tali dekat dada. Kita letakkan teknologi yang lebih bagus pada beg tersebut untuk membantu anak-anak kita supaya dapat merasakan beg mereka lebih ringan untuk ke sekolah.
“Kita juga ada beg beroda yang lebih selamat. Selain menghasilkan teknologi baharu untuk penambah baikan beg, kita letakkan juga ‘safety issue’ di beg tersebut seperti pantulan untuk budak-budak yang pergi sekolah awal pagi. Beg tersebut adalah kolaborasi dengan edisi-edisi terhad daripada MommyHana.
“Selain itu, produk kedua yang dilancarkan adalah ‘My First Book’ iaitu kolaborasi bersama Upin & Ipin. Itu adalah produk yang pernah berjaya sebelum ini tapi kita keluarkan balik versi Upin & Ipin. Ia lebih mantap dan hebat daripada segi kolaborasi dan reka bentuk. Ia bakal memberi imej baharu yang lebih segar terhadap produk itu,” katanya.

Perlantikan duta Mommyhana

Sementara itu, lima duta baharu dalam kalangan pempengaruh atau personaliti media sosial diperkenalkan iaitu Rani Amanda dengan gelarannya Si Comel, Umar Al-Amsyar (Si Hensem), Syakila (Si Ibu Cantik), Bang Aji (Si Bam Bam) dan Aqil Zulkiflee (Si Abang Kacak).
“Duta yang kita lantik lebih kepada pempengaruh TikTok. Pernah ada artis dan TikTokers yang bersama dengan kami. Kebanyakan orang sekarang fokus kepada TikTok dan suka tengok ‘content’. Ia banyak dapat ditonton daripada TikTok dan kebanyakan audiens atau penonton ini mengenali TikTokers lebih cepat, jadi kita membuat sedikit kajian selama hampir setahun hingga dua tahun untuk mencuba dalam pasaran TikTok.
“Alhamdulillah ia memberi kesan kepada MommyHanna punya jenama dan pemasaran. Jadi, kita lantik kali ini seramai lima orang duta baharu yang lebih kepada TikTok dan kanak-kanak juga sangat suka dengan mereka terutama Aqil Zulkiflee. Kesannya sangat baik kepada kanak-kanak dan kali ini kami lebib mengenali sasaran.
“Kita bukan sahaja untuk mengukuhkan jenama, tetapi lebih kepada ‘menangkap’ audiens yang tepat termasuk memberi pengaruh supaya dapat kesan yang betul. Duta kali ini adalah bukan daripada artis, tapi lebih kepada yang mempunyai sasaran.
“Disebabkan itu kami pilih Aqil Zulkiflee dan beberapa kanak-kanak comel yang sangat terkenal di TikTok. Kandungan mereka juga sangat laju daripada segi capaian dan banyak kelebihan. Sekarang ini zaman penyediaan ‘content’, jadi ia akan lebih memberi kesan kepada MommyHana,” katanya.
Terdahulu, Majlis Pelancaran & Malam Anugerah MommyHana diserikan dengan persembahan nyanyian daripada Haqiem Rusli termasuk dihadiri beberapa selebriti serta pempengaruh media soaial lain seperti DJ Fuzz, Puspa Gomen, Syarafi Sudarmaji, Auntie Purple dan ramai lagi. Manakala, pelawak daripada kumpulan Bochey iaitu Achey dan Fad bertindak selaku hos acara.
MommyHana adalah jenama yang menumpukan kepada mempromosikan nilai Islam melalui pelbagai penyelesaian dengan memenuhi keperluan keluarga Muslim moden.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Bollywood

Shah Rukh Khan Teruja Kembali Ke Malaysia! - "Saya Bukanlah Orang Penting Untuk Dianggap ..."

gempak
22/11/2024
21:50 MYT
Kehadiran ikon Bollywood Datuk Shah Rukh Khan yang ketika ini berada di Malaysia, mengujakan seluruh tetamu pada majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd, di ibu negara hari ini.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Unitar