Makin Menjadi-Jadi! Netizen Pelik Ibu Anna Jobling ‘Beria’ Buat Live - “Dia Nak Jatuhkan Karier Anak Dia Kot”
Kemelut antara pelakon, Anna Jobling, dan ibunya, Ariz Arop, terus menjadi perhatian warganet selepas beberapa siri pendedahan dan siaran langsung di media sosial.
Menerusi satu perkongsian di laman Threads, seorang individu meluahkan rasa kurang senang terhadap tindakan Ariz yang didakwa kerap membuat siaran langsung menceritakan perkara buruk mengenai anaknya.
“Wei mak apa macam ni makin di tegur makin menjadi-jadi. Dekat sini memang dah nampak mak dia mental, kalau live sekali boleh husnuzon lagi mungkin dia nak bele diri and nak expalin kenapa dia buat anak dia macam tu.
Individu tersebut turut berkongsi tangkap layar menunjukkan Ariz menjemput untuk orang ramai memasuki ‘live’ TikToknya.
Pada Ahad lalu, Ariz turut memuat naik foto berada di balai polis, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi netizen. Difahamkan, wanita itu mendakwa Anna tergamak melakukan perintah injunksi terhadapnya.