,
Laman Utama

Puteri Balqis Akui Terlalu Kecewa Selepas Mia Sara Tuduh Dirinya Dibesarkan Tanpa Didikan Agama…

Izwan Isa
10/02/2022
05:20 MYT
Nampaknya ada ‘perang kecil’ yang berlaku di platform media sosial melibatkan dua pelakon popular iaitu Mia Sara dan Puteri Balqis.
Hal ini dikongsikan oleh Balqis sendiri menerusi satu hantaran yang dikongsikan di Instagramnya.
Menerusi hantaran berkenaan, Balqis berkongsi tangkap layar kenyataan-kenyataan Mia Sara yang difahamkan ditulis di ruangan komen platform media sosial TikTok.
“Dia tidak dididik dengan ajaran Islam sejak kecil, nak tegur silakan tetapi jangan letakkan kesalahan ke atasnya,” ujar Mia Sara.
Selain kenyataan tersebut, Mia turut menulis beberapa kenyataan selain menegaskan yang dia dan Balqis tidak bersahabat.
Di ruangan kapsyen, Balqis meluahkan perasaan kecewanya terhadap tulisan-tulisan yang dikongsikan oleh Mia.
“Saya baru dapat tahu tentang hal ini. Kenapa Mia Sara tulis buruk tentang saya dan kehidupan saya di TikTok dan memberi komen mengenainya di depan orang ramai? Baiknya kamu. Saya dikeji oleh ribuan orang selepas dia menulis komen tentang saya.
“Dari lubuk hati yang terdalam, ia sangat menyakitkan. Ini tentang mak saya yang kamu katakan. Satu-satunya wanita dan individu yang menyayangi saya,” tulis Balqis dengan nada kecewa.
Balqis turut memberitahu yang dia tidak pernah dibesarkan untuk bercakap jahat tentang orang lain sungguhpun dia disakiti. Dia juga menegaskan yang dia tidak dibesarkan untuk menggunakan hijab sebagai alasan untuk bercakap buruk tentang orang lain.
“Mengenakan hijab tidak memberi kebebasan kepada kamu untuk mengutuk orang lain. Agama tidak memberi kebebasan untuk mendera orang lain. Begitulah cara untuk tunjukkan attitude kamu di depan jutaan pengikut kamu.
“Melalui lafaz lidah yang dizahirkan, manusia berbahagia. Melalui lafaz perbuatan yang dizahirkan, manusia menderita,” tulisnya lagi.
Meninjau laman Twitter, Mia dilihat menghantar ciapan yang berbunyi: “Kenapa orang asyik putar belitkan kenyataan saya?” tulisnya.
Menerusi respons netizen, ramai yang menyatakan bahawa cara penulisannya yang salah pada ruangan komen TikTok sungguhpun pada asalnya dia berniat baik terhadap pelakon itu.
“Dengar ini, dosa kamu tidak seharusnya dijadikan sebagai objek untuk kamu melindungi diri. Saya tidak menyokong mana-mana pihak. Mia Sara juga sepatutnya memilih perkataan yang betul,” tulis seorang netizen.
“Dah boleh start tweet guna Bahasa Melayu kot. Semakin awak guna Bahasa English, semakin ke laut statement dan persoalan awak,” tulis seorang lagi netizen.
BACA: Didakwa Sejenis Kuat Memberontak & Lupa Tuhan, Ini Jawapan ‘Deep’ Puteri Balqis! - “Wahai Pencipta Kami...”
BACA: Mia Sara Trending Di Twitter Sejak Semalam, Hampir Kena Cancel Gara-Gara…
Terdahulu, Mia Sarah turut trending di Twitter selepas kenyataannya mengenai wanita yang mengenakan shawl dan eyeliner yang dikatakan sepertinya telah disalah ertikan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Lakonan Haram Kerana Ada Unsur Intim, Boleh Runtuhkan Institusi Keluarga - Mufti Tegur Isu Tular Ibu Anak Berlakon Jadi Suami Isteri

gempak
17/09/2024
05:50 MYT
Sebarang bentuk lakonan yang mempunyai unsur intim adalah haram dan berupaya mendatangkan kemudaratan selain menyumbang kepada keruntuhan institusi kekeluargaan di negara ini.
Berita

Wanita Guna Anak Buat Konten POV ‘Suami’ Di TikTok Undang Pelbagai Reaksi Netizen - “Kak, Tak Elok Buat Video Macam Itu…”

gempak
14/09/2024
00:55 MYT
Menerusi tinjauan Gempak, ada beberapa video yang dimuat naik oleh pemilik TikTok berkenaan menjadikan anaknya sebagai konten ‘Point of View ‘(POV) di mana dia cuba menggambarkan remaja lelaki itu sebagai suami.
Hiburan

“Saya Suka Sebab Itu Saya Buat, Kalau Tidak…” - Siti Nurhaliza Jawab Tuduhan Netizen Kata Tak Ada Job

gempak
11/09/2024
04:55 MYT
Dengan nada yang lembut, Siti Nurhaliza meminta supaya peminat tidak mengeluarkan kenyataan sebegitu.
Hiburan

Baggio Damasutra Seronok Buat Live Di TikTok, Nafi Terdesak Tiada ‘Job’ - "Saya Masih Aktif..”

gempak
08/09/2024
23:55 MYT
Sering bergiat aktif melakukan siaran langsung di TikTok, vokalis Damasutra, Baggio menafikan dirinya terdesak susulan didakwa tiada tawaran pekerjaan.
Hiburan

Isu Gaduh Atas Jalan Raya, Hafiz Suip Diperintah Jalani Bon Berkelakuan Baik

gempak
08/09/2024
10:48 MYT
Mahkamah Majistret Kuching pada Khamis memerintahkan Hafiz Suip dan dua lelaki lain untuk menjalani bon menjaga keamanan akibat bergaduh di tempat awam, minggu lalu.