,
Viral

Putera Mateen & Isteri Tunai Umrah, Netizen Tertarik Dengan Telekung Dayang Anisha

Maliah Surip
06/04/2024
21:55 MYT
Pasangan Putera Mateen dan isterinya, Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah diketahui sedang menjalani ibadah umrah di bulan Ramadan selepas berkongsi perjalanan ibadah mereka di platform media sosial.
Selain ramai yang memuji dan melabelkan mereka sebagai ‘couple goals’, penampilan isteri putera dari Brunei itu telah menarik perhatian netizen.

Telekung

Dibanjiri dengan pujian cantik meski tidak menggenakan sebarang solekan, ramai netizen tertarik dengan telekung yang dipakai Dayang Anisha.
Netizen memuji dengan mengatakan telekung Dayang Anisha sangat sederhana dan tidak berlebihan seperti menggunakan kain jenis sutera atau mempunyai banyak corak.
Sebaliknya telekung yang dikenakan Dayang Anisha polos berwarna putih dan sama seperti kebanyakan telekung yang dipakai oleh mak cik yang pergi ke surau.

Sederhana

“Telekung yang dipakai mengingatkan tentang telekung yang ada di surau atau masjid-masjid. Sangat sederhana tapi bermanfaat digunakan jemaah yang tidak bawa telekung,” puji seorang netizen.
“Kalau kita lihat sekarang ramai yang menggunakan telekung mahal dan bercorak. Tapi ini sederhana sekali,” kata yang lain pula.
Menerusi foto yang dikongsikan, pasangan yang berkahwin pada 11 Januari 2024 lalu berada di Mekah dan di Madinah selain Putera Mateen berkongsi suasana menjalani ibadah umrah di bulan Ramadan bersama beberapa individu lain.

ARTIKEL BERKAITAN: #Foodieslife: Salad Ketam Alaska, Sup Rusa, Lobster & Wagyu Percik Ini Menu Santapan Diraja Putera Mateen & Dayang Anisha Untuk Tetamu

ARTIKEL BERKAITAN: Istiadat Bersanding, Kecantikan Dayang Anisha Mempesonakan!

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.