,
Laman Utama

Punya Anak Luar Nikah, Rezky Aditya: “Saya Minta Maaf Atas Masa Lalu”

Maliah Surip
28/05/2022
11:45 MYT
Pelakon Rezky Aditya akhirnya membuka mulut selepas beberapa hari kecoh mengenai keputusan yang dikeluarkan mahkamah Tinggi Banten mengenai status seorang anak dari wanita bernama Wenny Ariani.
Tahun lalu, Wenny mendakwa telah melahirkan anak Rezky secara luar nikah. Rezky pula pada waktu itu telah berkahwin dengan Citra Kirana dan kini mempunyai seorang anak yang dikenali sebagai Kekey.
Rezky pada waktu itu bagaimanapun tidak melayan dakwaan telah menghamilkan Wenny sehingga melahirkan seorang anak perempuan.
Untuk membuktikan dirinya tidak melakukan fitnah, Wenny akhirnya membawa kes tersebut di mahkamah sebelum pihak berkuasa memutuskan Rezky sebagai bapa kepada anak tersebut.
Tidak mahu perkara terus menjadi kontroversi, Rezky yang memberi kenyataan ditemani isteri dan peguamnya mengatakan bersedia melakukan ujian DNA dan akan bertanggungjawab penuh jika dirinya terbukti sebagai bapa kandung Kekey.
“Ini semua saya lakukan, semata-mata karena alasan kemanusiaan dan untuk memutus keraguan keputusan mahkamah,” kata Rezky Aditya seperti dilaporkan media tempatan.
Dia kemudian berkata: “Saya akan bertanggung jawab dan memenuhi kewajiban saya sebagai orang tua, jika memang proses tes DNA dilakukan dan hasilnya membuktikan saya ayah kandungnya.
"Saya memastikan bahwa saya akan menyayangi dan menafkahinya.”
Dalam sidang media yang sama, Rezky Aditya juga meminta maaf atas perbuatan tak terpuji dirinya di masa lalu bersama Wenny Ariani apabila semua tuduhan yang dilayangkan sang wanita terbukti.
"Mohon maaf kepada seluruh masyarakat Indonesia beserta seluruh keluarga saya dan juga penggemar saya, saya minta maaf atas masa lalu saya," katanya.
Walaupun mahkamah telah memutuskan Rezky Aditya adalah bapa kepada Kekey, namun keputusan tersebut akan gugur apabila pelakon berusia 37 tahun itu berjaya membuktikan dirinya bukan bapa kepada anak perempuan itu melalui ujian DNA.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Bakar Suami Selepas Periksa Akaun Bank Berkurangan

gempak
24/11/2024
00:55 MYT
Pada sidang perbicaraan mahkamah Mojokerta pada 19 November lalu, suspek berkata, insiden itu berlaku pada 8 Jun lalu selepas dia menyemak akaun suaminya di sebuah bank di Jalan Majapahit.
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Unitar