,
Laman Utama

“Pulanglah, Dapatkan Rawatan” - Didakwa Mengalami Depresi, Sharnaaz Ahmad Mahu Caprice Balik Malaysia

Azwa Rahman
17/07/2021
05:38 MYT
Pelakon Sharnaaz Ahmad memohon bintang rap Caprice untuk pulang ke Malaysia setelah lama terkandas di Cairo, Mesir berikutan tidak dapat memasuki Gaza.
Menurut Sharnaaz lagi, dia akan memberikan sokongan penuh kepada Caprice kerana sayangkan rakan seindustrinya itu.
“To my dear @capriceofficial, saya sayangkan awak sebagai kawan. Baliklah ke rumah, dapatkan rawatan. Insyallah Malaysia akan beri sokongan yang penuh. Saya juga akan memberikan sepenuh sokongan.
“Berhentilah buat apa yang awak buat sekarang, tetapkan fikiran, rawat jiwa luka tu. Insyallah dapat tangani benda ni dengan lebih baik ya Cap.
“Pulanglah. Malaysia nak ‘whats on the news today’ taknak ‘whats going to happen if”,” tulis Sharnaaz di ruangan IG Story miliknya.
Di laman sosial Twitter, tular pendapat seorang doktor yang dikenali sebagai Dr Khairul Hafidz yang turut menasihati bahawa Caprice perlu mendapatkan bantuan profesional sama ada kaunselor atau pun pakar psikiatri.
Malah, Dr Khairul telah berjaya menghubungi Caprice atas bantuan wargamaya dan menyatakan kebimbanganya kepada bintang rap itu.
“Kepada Caprice, harap awak baik-baik sahaja. Seperti yang telah saya cadangkan, mohon untuk mencari bantuan profesional jika kamu merasakan kesihatan mental kamu semakin memburuk,” tulis Dr Khairul lagi.
Semalam, kecoh di ruangan IG live di antara Sharnaaz dan Caprice yang mendapat perhatian ramai.
Menerusi siaran langsung tersebut, Caprice memaklumkan berkemungkinan dia tidak akan pulang ke Malaysia selagi tidak bertukar kerajaan.
Pada 23 Jun lalu, Caprice terbang ke Mesir bagi menjayakan sebuah misi kemanusiaan di Gaza. Namun sehingga ke hari ini, dia masih belum dibenarkan untuk memasuki ke wilayah bergolak itu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Sharnaaz Ahmad Ucap Birthday Noor Nabila - “I Doakan You Happy Dan Bahagia Dunia Akhirat”

gempak
04/09/2024
02:25 MYT
Perkongsian aktor Sharnaaz Ahmad menjadi perhatian apabila membuat ucapan hari ulang tahun kelahiran kepada bekas isterinya, Noor Nabila, pada Rabu.
Hiburan

Sharnaaz Ahmad Titip Pesanan Sempena Birthday Jebat, Mahu Anak Hormati Orang Tua - "Macam Semalam Rasanya Baba Dukung Cek"

gempak
30/08/2024
13:55 MYT
Pelakon, Sharnaaz Ahmad menitipkan ucapan menyentuh hati sempena ulang tahun kelahiran keenam anak kesayangannya, Jebat Jayden.
kaharkaplahighcouncil

Ada Yang Kurang Senang Sharnaaz Ambil Foto Berdua Dengan Amelia Henderson, Aedy Ashraf Komen - “Janganlah Marah, Dia Abang Saya”

gempak
12/06/2024
00:55 MYT
Pelakon, Aedy Ashraf akui tidak berasa cemburu apabila sahabatnya, aktor Sharnaaz Ahmad memuat naik foto bersama, Amelia Henderson beserta kapsyen pujian.
Hiburan

“12 Tahun Lagi Pandangan Ini Bakal Menggelisahkan Ramai Wanita…” - Sharnaaz Ahmad

gempak
17/04/2024
06:55 MYT
Sharnaaz kongsi foto jebat.
Hiburan

Sharnaaz Ahmad Anggap Kehadiran Aliff Syukri Dalam Industri Ibarat Warna - “Orang Macam Dia Tetap Akan…”

gempak
01/04/2024
07:25 MYT
Sharnaaz beri pandangan mengenai Aliff Syukri.