,
Hiburan

Pulang Malaysia Berkerusi Roda, Nora Ariffin Cedera Tergelincir Di Gua Hira

Amri Hassan
17/01/2020
05:51 MYT
Penyanyi Nora Ariffin akur apabila terpaksa pulang ke Malaysia selepas mengerjakan ibadah umrah dengan berkerusi roda.
Jelas Nora, malang tidak berbau apabila kaki kirirnya cedera akibat terjatuh ketika menuruni puncak Jabal Nur selepas menziarahi Gua Hira.
"Setiap kali menunaikan umrah, saya memang menyimpan hasrat untuk mengunjungi gua berkenaan.
"Namun, hanya pada kunjungan kali ini baru impian itu tercapai. Saya naik ke puncak Jabal Nur sekitar jam 1 pagi kerana hanya waktu itu ia tidak ramai orang mengunjunginya.
"Ketika itu, keadaan sangat gelap dan berangin. Memandangkan kami perlu mengejar waktu Subuh, ketika menuruni bukit berkenaan, saya sedikit tergesa-gesa sehingga tergelincir dan terjatuh.
"Akibatnya, kaki kiri saya tercedera dan terpaksa menggunakan kerusi roda atau tongkat untuk bergerak," katanya kepada BH Online.
Sehubungan itu, Nora dinasihati agar tidak memakai kasut tumit tinggi selama tempoh dua minggu.
"Doktor nasihatkan supaya saya berehat dan tidak memakai kasut tumit tinggi selama dua minggu," tambahnya.
Nora pulang ke tanah air dari mengerjakan ibadah umrah pada Ahad lalu selepas berangkat ke tanah suci Makkah pada 7 Januari.
Sumber: BH Online
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Ameerais Bangga, Anggap Pencapaian Paling Jauh Sepanjang 14 Tahun Dalam Karier Nyanyian – “Saya Tunjuk Pada Semua Saya Boleh Menyanyi”

gempak
17/09/2024
02:55 MYT
Penyanyi Ameerais menyifatkan perjalanannya di Gimme The Mic Malaysia adalah pencapaian tertinggi dalam kariernya sepanjang 14 tahun dalam industri seni.
Hiburan

30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”

gempak
14/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk menjalankan konsert tercapai setelah 30 tahun berada dalam industri muzik tanah air.
Hiburan

Nora Sahkan Rujuk Semula Dengan Dr Rushdi

gempak
14/09/2024
10:34 MYT
Penyanyi Datuk Nora Ariffin mengesahkan sudah rujuk semula dengan bekas suami, Dr Rushdi Ramli selepas sebulan mengumumkan perceraian menerusi video dalam Instagram (IG).
Hiburan

Banyak Spekulasi Isu Cerai, Nora Ariffin Enggan Ambil Pusing Khabar Angin - “Orang Tak Tahu Keadaan Sebenar”

gempak
12/09/2024
05:55 MYT
Susulan penceraian mengejut beberapa bulan lalu, timbul pelbagai spekulasi tentang kemelut rumah tangga yang dihadapi oleh penyanyi, Datuk Nora Ariffin.