,
Laman Utama

PRU15: Tambang Percuma Bagi Perkhidmatan Rapid KL, Rapid Kuantan & Rapid Penang Hari Ini

Izwan Isa
18/11/2022
22:50 MYT
Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) memberi tambang percuma sepanjang hari ini sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi kesemua perkhidmatan di bawah kendaliannya.
Prasarana dalam kenyataan semalam memaklumkan tambang percuma itu meliputi perkhidmatan Rapid KL, Rapid Penang dan Rapid Kuantan merangkumi Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT), Monorel, Transit Aliran Bas (BRT) atau bas henti-henti.
"Ini adalah langkah Prasarana sebagai sebuah syarikat Malaysia memudahkan rakyat keluar mengundi demi menjalankan tanggungjawab dan hak mereka," menurut kenyataan itu. Prasarana memaklumkan pengguna My50 boleh menggunakan pas seperti biasa manakala pengguna kad Touch 'n Go boleh menggunakan kad tanpa sebarang caj.
Sementara itu, pengguna token pula perlu ke mana-mana Pejabat Khidmat Pelanggan di stesen LRT, MRT, Monorel dan BRT untuk mendapatkan token khas perjalanan sehala.
Bagi perkhidmatan Rapid Bus di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Kuantan termasuk bas perantara MRT, Prasarana memaklumkan pengguna tidak perlu menyentuh kad di mesin pengimbas apabila menaiki atau turun daripada bas.
Menurut Prasarana tambang percuma itu bagi memudahkan rakyat Malaysia keluar mengundi dengan mudah, tenang dan selamat.
Untuk maklumat lanjut, rujuk laman media sosial Prasarana serta laman web https://myrapid.com.my. Para pengguna juga digalakkan untuk memuat turun aplikasi PULSE di Google Play dan App Store untuk maklumat terkini serta bagi merancang perjalanan.
Sumber: Astro Awani
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Operasi Stesen LRT Dilanjutkan Sempena Final Piala FA- Rapid Rail

gempak
22/08/2024
06:13 MYT
Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) selaku pengendali perkhidmatan rel Rapid KL akan melanjutkan waktu operasi Stesen LRT Bukit Jalil pada malam Sabtu ini sehingga jam 1 pagi, pada Ahad.
Laman Utama

Dituduh Jadi Penghasut PN, Aeril Zafrel Bakal Saman 6 Individu Yang Sebar Fitnah

gempak
04/02/2023
04:00 MYT
Aeril ambil tindakan
Laman Utama

[VIDEO] YB Rara Angkat Sumpah Di Parlimen, Netizen Puji Cantik; “Ini YB Ke Pramugari?”

gempak
20/12/2022
01:00 MYT
Manis je muka YB Rara
Laman Utama

8 Bulan Penganjur Tunda Konsert Dimash Qudaibergen Live In Malaysia Kerana PRU15! Umum 24 Jun 2023 Tarikh Baharu

gempak
04/12/2022
14:53 MYT
konsert Dimash Quidaibergen Live di Malaysia akan berlangsung 24 Jun 2023 di lokasi sama, Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Laman Utama

‘Isnin Cuti’ Trending Di Twitter, Netizen Happy Anwar Tunai Janji - “Not Malaysian La Kalau Tak Suka Holidays”

gempak
24/11/2022
15:28 MYT
Long weekend kita!