,
Laman Utama

PRU15: “Nawaitu Saya Tetap Sama” - Eizlan Mahu Terus Bantu Masyarakat Jika Ditakdirkan Tidak Menang

Izwan Isa
19/11/2022
09:55 MYT
Pelakon yang juga calon bertanding bagi Parlimen Sabak Bernam, Datuk Seri Eizlan Yusof menyerahkan segala keputusan Pilihan Raya Ke-15 (PRU15) kepada Allah SWT setelah melakukan sehabis buat masyarakat di kawasan itu sepanjang tempoh berkempen.
Eizlan, 51, berkata, niatnya masih tetap sama dan akan terus mencurahkan bakti jika menang pada pilihan raya kali ini.
“Saya sudah berusaha setakat termampu dengan kapasiti yang ada kepada masyarakat Sabak Bernam. Keputusan malam ini kita terserah kepada Allah,” kata Datuk Seri Eizlan Yusof.
“Selama dua minggu berkampung dan menyantuni pengundi tempatan, hampir semua isu yang telah dibangkitkan rakyat sudah didengari malah ada yang diselesaikan terus dengan bantuan PBT (Pihak Berkuasa Tempatan.
“Nawaitu saya tetap sama, andai ada rezeki, saya akan terus buat kerja tapi andai tiada rezeki sekali pun, saya akan tetap bekerja untuk masyarakat Sabak Bernam atas kapasiti NGO (Badan Bukan Kerajaan),” katanya.
Eizlan yang juga Calon No. 1 mewakili Gerakan Tanah Air (GTA) menggunakan logo Pejuang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bertanding di P.092, Parlimen Sabak Bernam.
Sebentar tadi, Eizlan mengambil peluang bertemu dengan pengundi di beberapa Pusat Daerah Mengundi (PDM) di sini sebelum pulang ke Kuala Lumpur untuk menjalankan tanggung jawab sebagai pengundi di Setiawangsa pada tengahari.
Selesai sahaja proses ‘buang undi’, beliau akan kembali ke Sabak Bernam pada sebelah petang untuk keputusan akhir yang akan diumumkan di Dewan Tun Razak Sabak Bernam, malam ini.
Beliau bertanding empat penjuru menentang calon PN, Kalam Sahlan; calon Pakatan Harapan (PH), Shamsul Ma'arif Ismail dan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Abd Rahman Bakri.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Eizlan Yusof Sedia Bimbing Influencer Sebelum Ceburi Industri Hiburan

gempak
18/05/2024
13:39 MYT
Pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof bersedia untuk memberikan bimbingan supaya pempengaruh media sosial yang mahu menceburkan diri dalam industri hiburan.
Laman Utama

Eizlan Yusof Respon Dakwaan Sertai Parti Politik Bawah PAS - "Buat Masa Ni Saya Hanya..."

gempak
09/06/2023
05:25 MYT
Sama-sama kita tunggu pengumuman.
Laman Utama

[VIDEO] “Dah Tua Yes, Gemuk Yes, Tapi Boleh Berlakon Filem Aksi” - Eizlan Yusof Minta Hentikan Body Shaming

gempak
26/03/2023
08:50 MYT
Eizlan kata stop body shaming orang lain.
Laman Utama

Dituduh Jadi Penghasut PN, Aeril Zafrel Bakal Saman 6 Individu Yang Sebar Fitnah

gempak
04/02/2023
04:00 MYT
Aeril ambil tindakan
Laman Utama

[VIDEO] YB Rara Angkat Sumpah Di Parlimen, Netizen Puji Cantik; “Ini YB Ke Pramugari?”

gempak
20/12/2022
01:00 MYT
Manis je muka YB Rara