,
Laman Utama

PRU15: Ismail Sabri Tak Tandatangani SD Sokong Muhyiddin Atau Anwar

Gempak
22/11/2022
03:30 MYT
Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak menandatangani surat akuan (SD) untuk menyatakan sokongan terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan Persekutuan.
Sumber yang rapat dengan Naib Presiden UMNO itu berkata, Perdana Menteri berpendapat adalah lebih baik Barisan Nasional (BN) berada di Dewan Rakyat sebagai pembangkang.
"Dalam tangkap layar perbualan yang tular semalam, ia menunjukkan Datuk Seri tidak mahu menyertai mana-mana gabungan, sama ada PN atau Pakatan Harapan (PH)," katanya ketika dihubungi Berita Harian.
Sebelum ini, difahamkan nama Perdana Menteri tidak termasuk dalam senarai 20 Ahli Parlimen BN yang menandatangani SD untuk menyokong Muhyiddin.
Terdahulu, 30 Ahli Parlimen BN dikatakan hampir mencapai kata sepakat untuk tidak menamakan mana-mana pemimpin daripada PH atau PN sebagai calon Perdana Menteri.
Mereka sebaliknya bersetuju mempersembah cadangan kepada Yang di-Pertuan Agong hari ini supaya fungsi kerajaan sementara yang sedang berjalan, diteruskan dalam satu tempoh tertentu sehingga sebuah kerajaan baharu dibentuk kelak.
Sumber parti itu memaklumkan, semua Ahli Parlimen BN dijadual menandatangani SD pagi ini bagi menzahirkan cadangan itu untuk dipersembah kepada Agong sebelum jam 2 petang ini.
Saingan untuk menjadi Perdana Menteri Ke-10 terarah kepada Anwar dan Muhyiddin. Pada PRU15, PH memperoleh 82 kerusi Parlimen, manakala PN pula mendapat 73 kerusi.
Untuk menubuhkan kerajaan, sesebuah parti atau gabungan parti perlu mendapat majoriti mudah sokongan 112 Ahli Parlimen daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat.
Sumber – Berita Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

M. Nasir Berbesar Hati Terima Kedatangan PM ke Konsert Cipta

gempak
22/08/2024
05:25 MYT
Penyanyi lagenda, Datuk M. Nasir berbesar hati menerima kedatangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke konsert Dato M. N45IR Cipta pada 10 Ogos lalu.
Berita

Rombakan Kabinet? Ini Jawapan Perdana Menteri

gempak
12/08/2024
15:25 MYT
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan akan berlaku sekali lagi rombakan Kabinet di bawah pentadbirannya.
Hiburan

PMX Kagum Dengar Kehebatan Suara Emas M Nasir, Terkesan Lagu Tribute Buat Palestin

gempak
11/08/2024
08:55 MYT
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa dengan menghadiri konsert penyanyi legenda tanah air, Datuk M. Nasir 45 Tahun Cipta di Axiata Arena, Bukit Jalil, semalam.
Berita

Meta Dipanggil Bertemu PM Hari Ini, Beri Penjelasan Hantaran Palestin Diturunkan Di Media Sosial

gempak
05/08/2024
06:25 MYT
Meta Platforms Inc (Meta) dipanggil ke Pejabat Perdana Menteri hari ini untuk memberi penjelasan berhubung tindakan menyekat beberapa hantaran di Facebook dan Instagram Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Berita

#AgongKita: Seorang Penulis & Bergiat Aktif Dalam Kebajikan… Ini Biodata Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah

gempak
20/07/2024
08:25 MYT
Berikut ialah biodata rasmi Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah, berdasarkan maklumat yang dikeluarkan oleh Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor (Royal Press Office).