,
Laman Utama

PRU15: Betul Ke Tak Boleh Pakai Selipar Pergi Mengundi? Jom Semak Apa Yang Boleh, Apa Yang Tidak

Izwan Isa
17/11/2022
07:50 MYT
Hari mengundi bagi Pilihan Raya Ke-15 (PRU15) bakal tiba Sabtu ini. Pasti ramai dalam kalangan anda yang sudah membuat persiapan untuk keluar mengundi. Begitupun, banyak khabar angin mengenai hari membuang undi yang bertebaran menerusi Whatsapp dan sosial media. Adakah hal-hal yang disebarkan itu benar? Jom kita semak!

Tak boleh pakai selipar dan seluar pendek? TIDAK BENAR

Malaysia terkenal dengan cuaca panas dan selalunya kita sering mengenakan pakaian yang selesa dan tidak terlalu tebal. Menerusi mesej yang ini, ada yang mendakwa anda tidak boleh mengenakan seluar pendek dan selipar ke pusat mengundi.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, hal ini ternyata tidak benar. Asalkan sederhana, anda boleh mengenakan apa sahaja jenis pakaian yang anda suka. Hanya pastikan pakaian anda tidak mempunyai sebarang nama calon yang bertanding dan simbol parti politik.

Perlu ikut masa pengundian. TIDAK BENAR

Waktu rasmi untuk mengundi pada tahun ini adalah dari pukul 8 pagi sehingga 6 petang di Semenanjung Malaysia dan 7.30 pagi hingga 5.30 petang bagi Sabah dan Sarawak. Disebabkan pandemik COVID-19, anda mungkin perasan yang terdapat bahagian cadangan waktu mengundi.
Sesetengah orang melihat waktu cadangan ini sebagai satu hal yang wajib diikuti. Namun, ambil maklum yang ia hanyalah cadangan. Jika anda tidak dapat hadir pada masa cadangan, anda boleh datang pada bila-bila masa dalam durasi masa undian rasmi yang telah ditetapkan.

Wajib nyahkuman tangan selepas celup jari ke dalam dakwat. TIDAK BENAR

Satu lagi mesej yang tersebar adalah anda diminta untuk nyahkuman tangan anda selepas jari dicelupkan dalam dakwat sebelum mengundi. Pihak Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia menafikan dakwaan berkenaan dan mendedahkan kenyataan tersebut tidak benar.
Anda masih boleh mengundi walaupun MyKad hilang. BENAR
Jika anda kehilangan MyKad atau kad pengenalan anda itu tidak boleh dibaca, jangan bimbang, anda masih boleh mengundi dengan menggunakan pelbagai jenis dokumen yang mengesahkan identiti diri anda. Bagaimanapun, anda hanya boleh menggunakan dokumen rasmi sahaja seperti lesen memandu dan juga pasport.
Dalam pada itu, ada dalam kalangan pengguna media sosial yang mendakwa pengundi tidak dibenarkan untuk membawa telefon bimbit ke pusat mengundi. Sungguhpun kenyataan ini TIDAK BENAR, namun, syarat baharu memerlukan anda meninggalkan telefon bimbit di tempat mengundi sebelum dibenarkan membuang undi. Anda boleh mengambil semula telefon bimbit selepas proses mengundi selesai.
Sumber: RojakDaily
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar