,
Laman Utama

“Proud Of You Darling…” - Serina Syukur, Suami Terima Penghargaan Tugas Cemerlang

Mya Amri
09/07/2021
10:37 MYT
Pelakon dan pengacara, Serina Redzuawan mengucapkan rasa syukur apabila suaminya, Meor Mohammad Aidid menerima sijil penghargaan kecemerlangan.
Serina yang juga merupakan anak kepada cef terkenal, Cef Wan berkongsi berita gembira itu menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.
Selain suaminya, Serina juga mengucapkan tahniah kepada kesemua anggota polis yang bertungkus-lumus menjaga keselamatan negara.
“Tahniah suamiku tersayang, terima sijil penghargaan tugas cemerlang! Di mana ada kejayaan seorang lelaki pasti ada wanita di belakangnya, iaitu ibu dan isteri yang sentiasa mendoakan keselamatan serta kejayaan mereka.
“Saya akan sentiasa menyokong dan bangga dengan awak sayang. Bertugas menjaga keamanan, demi keselamatan rakyat, bakti pihak polis adalah perjuangan yang mulia.
“Syabas kepada semua anggota polis yang bekorban masa, bersengkang mata memastikan negara berdaulat kita ni aman damai,” coretnya.
Serina dan Aided telah mendirikan rumah tangga pada 9 April lalu.
Sebelum ini, Serina pernah mendirikan rumah tangga dengan Salahudin Ghafar pada 1 Januari 2010.
Bagaimanapun, mereka bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Daerah Petaling pada 1 Ogos 2017 selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.
Mereka dikurniakan dua cahaya mata, Tristan Tareef, 11, dan Isabella Saffiya, 10.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Dua Anggota Polis Didakwa Peras Ugut Seorang Lelaki Myanmar

gempak
03/08/2024
00:55 MYT
Dua anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melakukan pemerasan wang RM300 terhadap seorang lelaki warga Myanmar, lima hari lepas.
Laman Utama

"Kalau Betul Dah Lama Keluar Surat Khabar" - Chef Wan Sifatkan Dakwaan Serina Terlibat Kartel Dadah Sebagai Fitnah

gempak
17/04/2021
06:14 MYT
Menurut Chef Wan, dakwaan itu tidak benar dan dia telah menerima khabar berunsur fitnah mengenainya sejak lebih sebulan lalu.
Laman Utama

Serina Nafi Nikah Di Siam, Jelaskan Status Suami: "Berhentilah Buat Fitnah"

gempak
10/04/2021
08:50 MYT
Bapanya, Cef Wan mendakwa dia telah menikah di Siam
Laman Utama

Dakwa Tak Tahu Serina Kahwin, Tapi Sudah Menikah Di Siam, Chef Wan: "Dulu Pun Dia Memalukan Saya..."

gempak
09/04/2021
12:20 MYT
Chef terkenal, Datuk Chef Wan akui terkejut mendapat berita pernikahan anaknya, Serina Redzuawan yang berlangsung secara tertutup.
Laman Utama

Mahkamah Tolak Permohonan Serina Redzuawan Fail Rayuan Balas Hak Penjagaan Anak Lelaki

gempak
24/03/2021
23:50 MYT
Semoga ada jalan.