,
Berita

Prosiding Sulh, Noh Harapkan Penyelesaian Terbaik Sementara Mizz Nina Diwakili Suami

Gempak
05/02/2024
02:22 MYT
Penyanyi Noh Salleh mendoakan penyelesaian yang baik berhubung prosiding sulh yang difailkan bekas isterinya, Mizz Nina bagi hak penjagaan anak angkat mereka, Musa.
“Insya-Allah, saya mendoakan penyelesaian yang baik,” katanya ringkas sebaik tiba di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, pada Isnin.
Noh atau nama penuhnya Muhammad Noh Salleh, 39, hadir ditemani dua kenalan dipercayai pengawal peribadinya.
Sementara itu, bekas isteri, Mizz Nina bagaimanapun tidak hadir ke prosiding berkenaan. Peguam yang mewakili Mizz Nina, Mahmud Abdul Jumaat berkata, aktivis kemanusiaan itu sebaliknya diwakili suaminya, Essam Muhammad.
Terdahulu, Nina mendakwa Noh membawa keluar anak angkatnya, Musa tanpa kebenaran dan pengetahuan pihaknya.
Mizz Nina atau nama sebenarnya, Shazrina Azman, 44, mengakui perkara yang disifatkan sebagai satu pengkhianatan itu memberikan kesan emosi kepadanya apatah lagi dia adalah ibu susuan kepada Musa dan tidak pernah berjauhan dengan Musa selama itu.
Nina sebelum ini mendakwa kejadian anaknya dibawa keluar dari rumah berlaku pada 19 Disember tahun lalu, ketika dia dalam penerbangan ke Tokyo, Jepun atas urusan kerja.
Nina kemudiannya mendapatkan perintah mahkamah untuk mendapatkan semula Musa.
Noh dalam kenyataan kepada media pula berkata, tiada langsung unsur penculikan seperti yang didakwa, malah sudah mendapatkan kebenaran ibu kandung Musa untuk menjaga kanak-kanak itu.
Vokalis kumpulan Hujan itu kemudian tampil membuat permohonan maaf secara terbuka selepas dituntut ibu kandung Musa yang hanya mahu dikenali sebagai Athira.
Noh, 39, menerusi hantaran di Instagram (IG), berkata, dia juga akan mengikut beberapa tuntutan lain seperti menarik balik kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini termasuk memadam gambar Musa di media sosial.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Kapsyen Isteri Noh Bikin Suspens, Netizen Mula Ucap Tahniah!

gempak
13/04/2024
04:57 MYT
"Aidil-fit-three," demikian kapsyen yang ditulis isteri kepada penyanyi Noh Salleh, Athira Mustapa di Instagram yang sekali gus mencetuskan rasa suspens dalam kalangan warganet.
Berita

Tepis Dakwaan Netizen, Ibu Kandung Musa Nafi Terima Bayaran Daripada Mizz Nina - “Tidak, Saya Tidak Dibayar”

gempak
07/02/2024
07:55 MYT
Ibu kandung Musa, Athira menepis dakwaan netizen yang mengatakan dia dibayar oleh Mizz Nina
Berita

Ibu Kandung Musa Kecewa Dengan Kenyataan Putar Belit Noh Salleh - “Semua Dia Kata Tak Benar”

gempak
07/02/2024
06:42 MYT
Ibu kandung Musa, Athira menafikan sekali lagi segala kenyataan dikeluarkan penyanyi Noh Salleh di mahkamah, semalam
Hiburan

"Kau Tak Pernah Jaga Dia, Tinggal Pergi Dating"- Noh Salleh Dakwa Mizz Nina Sebabkan Trauma Musa

gempak
06/02/2024
07:18 MYT
Noh Salleh dakwa Mizz Nina penyebab trauma Musa
Berita

Mizz Nina Bawa Musa Jumpa Pakar Psikiatri - "Waktu Pulang Rumah Dia Cirit Birit, Muntah, Kuku Panjang & Kotor"

gempak
06/02/2024
05:26 MYT
Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Mizz Nina tampil mendakwa anak angkatnya, Musa mengalami trauma yang teruk selepas lebih tiga minggu berjauhan dengannya