,
Berita

Prosiding Pertama Sebutan Kes Zayn Rayyan Hari Ini

Awani
26/07/2024
01:27 MYT
Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat sekali lagi mencuri tumpuan, apabila ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin dijangka hadir untuk prosiding hari pertama sebutan semula kes pengabaian terhadap kanak-kanak autistik itu, Disember tahun lalu.

Prosiding Pertama

Kisah kehilangan Zayn Rayyan itu sehingga kepada 'drama' ketika permohonan reman suami isteri berkenaan di hadapan Hakim, Syahliza Warnoh juga akan disajikan dengan pelbagai isu menarik, termasuk perkembangan baharu membabitkan barisan pembelaan yang mewakili kedua-dua tertuduh tersebut.
Ramai yang tidak sabar untuk melihat penampilan terkini Zaim Ikhwan Zahari dan isterinya, Ismanira Abdul Manaf selepas mereka dibenarkan untuk diikat jamin sebanyak RM10,000 (seorang) bagi kes itu.
Pada 13 Jun lalu, pasangan suami isteri yang berusia 29 tahun itu, mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan bersama-sama sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap anaknya, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, telah mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.
Kesalahan didakwa dilakukan di sekitar jalan PJU Damansara Damai di sini pada jam 12 tengah hari, 5 Disember 2023 hingga keesokannya pada jam 9.55 malam.

BERITA TRENDING:Berakhir Dengan Tragis & Kekal Misteri Hingga Kini… Ini Kes Kanak-Kanak Hilang Yang Pernah Gemparkan Negara

​BERITA TRENDING:#JusticeforZaynRayyan: Adik Kepada Zayn Rayyan Masih Dijaga JKM, Ibu Bapa Dibenar Melawat Namun Bersyarat

​BERITA TRENDING:#JusticeforZaynRayyan: Penyebaran Gambar Kecederaan Didakwa Zayn Rayyan Disiasat Bukit Aman

​BERITA TRENDING:#JusticeforZaynRayyan: Adik Zayn Rayyan Ditempatkan Di Institusi Kebajikan Selama Dua Bulan

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum bawah Seksyen 31(1) akta sama dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Ia beserta tambahan kepada apa-apa hukuman yang dinyatakan dalam subseksyen (1), memerintahkan supaya orang yang disabitkan atas kesalahan di bawah subseksyen itu menyempurnakan bon dengan penjamin berkelakuan baik selama apa-apa tempoh dan dengan apa-apa syarat yang difikirkan patut oleh mahkamah serta melaksanakan khidmat masyarakat.
Sebelum ini, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ku Hayati Ku Haron manakala dua tertuduh itu diwakili peguam, Fahmi Abd Moin dan Mahmud Jumaat.
Sumber: AWANI
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Sean Diddy Tawar RM200 Juta & Rumah Lepas Jenayah Seks, Mahkamah Tetap Hantar Ke Penjara

gempak
19/09/2024
15:13 MYT
Mahkamah Persekutuan di Amerika Syarikat menolak Sean Diddy Combs diikat jamin meski rapper tersebut sanggup membayar sejumlah nilai yang besar agar dibebaskan.
Terkini

Enam Bulan Sorok Bunuh Suami Diserang Strok

gempak
19/09/2024
02:55 MYT
Kes pembunuhan seorang lelaki di tangan isterinya akhirnya terbongkar setelah enam bulan.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.
Berita

Gambar Bedah Siasat Zayn Rayyan Tular, Polis Tidak Maklum Perkembangan Siasatan

gempak
18/09/2024
05:27 MYT
Pihak pembelaan yang mewakili ibu bapa kanak-kanak autistik, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf masih belum menerima sebarang perkembangan terkini berhubung siasatan dijalankan terhadap kebocoran gambar bedah siasat di aplikasi Telegram sebelum ini.
Berita

Kes Zayn Rayyan: Nama Kekal Dalam Kertas Pertuduhan

gempak
18/09/2024
04:43 MYT
Nama Zayn Rayyan Abdul Matiin dikekalkan dalam kertas pertuduhan yang dihadapi ibu bapa kanak-kanak autistik itu.