,
Hiburan

Promosi Melampau Suplemen Bayi, Neelofa Terkena Tempias

Kamaruddin Razal
05/02/2018
14:31 MYT
Pesanan seorang doktor kepada pengacara popular, Neelofa, selepas memuat naik promosi makanan kesihatan kepada bayi di InstaStorynya telah menjadi tular.
Dr. Rafidah Abdullah telah menulis di laman sosial Facebooknya:
“Salam Neelofa, saya harap awak boleh elakkan mempromosikan produk khususnya untuk kanak-kanak dan bayi.
"Ia boleh menyebabkan kemudaratan yang tidak perlu kepada organ dalaman mereka,” nasihat Pakar Buah Pinggang, Dr. Rafidah Abdullah kepada seleberiti terkenal itu.
Ia susulan tindakan Neelofa memuat naik video yang mempromosi satu produk yang dikatakan boleh mengurangkan kedutan, memperlahankan proses penuaan serta mengembalikan keanjalan pada wajah.
Neelofa turut memuat naik saranan pengambilan yang melibatkan bayi dan kanak-kanak.
Itu membuatkan netizen khususnya para doktor naik berang sambil menyifatkan tindakan Neelofa boleh memudaratkan.
Dengan aura yang dimilikinya, tidak mustahil ia boleh mempengaruhi orang ramai yang mungkin tidak mengendahkan kesan sampingan sekiranya mengambil produk berkenaan.
“Saya pasti anda tidak dimaklumkan dengan betul (penggunaan produk) oleh syarikat,” ujar Dr Rafidah lagi.
I hoped you could avoid promoting products especially for kids and babies. It may cause unnecessary harm to their internal organs.
I am sure you were not advised properly by the company.
Thanks!
Cc @drwaque https://t.co/QP1am34qdm— Dr. Rafidah Abdullah (@rafidah72) February 3, 2018 Selain Dr Rafidah, tindakan Neelofa itu turut mendorong Pakar Dermatologi memuat naik pandangannya di Twitter.
Dengan menggunakan #MedTweetMY, Dr Hafsah Sazali menyeru barisan selebriti tidak membiarkan diri mereka menjadi alat promosi produk yang ada tuntutan perubatan.
“Pesakit eczema memang sasaran mudah penjual produk suplemen/makanan. Sampai bayi dan kanak-kanak pun nak digalakkan beri produk mereka. Dah hilang akal ke?,” tegasnya. Beberapa pakar perubatan lain turut senada dengan Dr Rafidah dan Dr Hafsah sambil menekankan seseorang bayi itu tidak memerlukan suplemen sebaliknya hanya susu ibu.
Kulit bayi secara semulajadi cantik dan lembut.
Mengapa hendak bebankan fungsi organ mereka dengan produk kesihatan/kecantikan?
Bersyukur dengan apa Tuhan berikan kepada kita sekeluarga.#MedTweetMy pic.twitter.com/loS5hLasZf— Dr Afiq Rahim @ DAR (@affick_rahim) February 4, 2018 Pakar jantung Dr Beni Isman Rusani ketika dihubungi menasihatkan agar ibu bapa berhati-hati memberikan makanan tambahan kepada anak mereka.
"Secara amnya, bayi dan kanak-kanak tidak seharusnya diberi suplemen tambahan melainkan mereka di bawah pemerhatian dan rawatan doktor pakar kanak-kanak," katanya.
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Isu Artis Mangsa Buli; Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan - "Perlu Wujudkan Suasana Friendly"

gempak
23/11/2024
12:55 MYT
Pengarah, Syafiq Yusof, merasakan bahawa pihak produksi perlu memainkan peranan penting di set penggambaran untuk memastikan suasana bekerja yang kondusif dan harmoni.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Bollywood

Shah Rukh Khan Teruja Kembali Ke Malaysia! - "Saya Bukanlah Orang Penting Untuk Dianggap ..."

gempak
22/11/2024
21:50 MYT
Kehadiran ikon Bollywood Datuk Shah Rukh Khan yang ketika ini berada di Malaysia, mengujakan seluruh tetamu pada majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd, di ibu negara hari ini.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Hiburan

Sarimah Ibrahim Pesan Bakat Baharu Perlu Disiplin, Jangan Terlalu Merendah Diri Hingga Dibuli - “Maruah Kita Patut Tinggi & Mahal Dari Mana-Mana Gaji”

gempak
22/11/2024
05:50 MYT
Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim berkongsi tips bagaimana dia mampu bertahan dalam industri seni tanah air hampir tiga dekad.
Unitar