,
Laman Utama

"Produk Saya Dicabuli" - Ira Ghani Kesal, Harap Pelanggan Tak Salah Beli!

Asraf Aided
10/03/2021
03:30 MYT
Usahawan dan pelakon, Datin Ira Ghani mendakwa produk aromaterapi yang diusahakannya sejak 20 tahun lalu ditiru oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Menurut Ira, dia berasa lebih kesal apabila ada yang membeli produk pihak lain tetapi menyangka ia merupakan keluaran jenamanya.
"Saya mendiam selama lima tahun bermula 2016, dan ketika tempoh saya berdiam itulah jenama produk saya dicabuli oleh pihak tak bertanggungjawab.
"Pihak tersebut telah mencabuli jenama Aura Seri dengan sesuka hati sehingga ada orang yang beli produk mereka dan menyangka ia produk saya," katanya.
Ira berkata demikian dalam majlis minum petang Aura Seri by DiG di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur semalam.
Tambah Ira, pembeli jenama pihak lain itu juga mengatakan produk tersebut mampu menjadi pembuang saka, pendinding dan pelbagai perkara syirik, sedangkan produk keluarannya tidak pernah mempromosikan perkara sebegitu.
"Individu yang membeli produk itu mendakwa ia mampu menjadi pendinding, boleh buang jin, saka segala bagai, bila masa pula saya ajar benda macam ini?
"Walhal produk keluaran saya hanya sekadar aromaterapi yang dihasilkan berdasarkan teknologi dan kajian sains, saya tak ada masalah untuk orang lain berniaga, kita kena bersaing dengan positif, bagus kalau jadikan Aura Seri sebagai inspirasi, tapi jangan cabuli jenama saya," katanya lagi.
Kata Ira, dia mengambil masa memerhatikan gerak geri mereka yang didakwa meniru produknya itu dan akan mengambil tindakan jika ia berlarutan.
"Jangan tersalah produk, itu harapan saya, buat masa ini saya tengok rentak permainan masing-masing dahulu, kalau perkara ini berlarutan, mungkin saya akan teruskan dengan tindakan yang sepatutnya," tambahnya.
Produk aromaterapi Aura Seri by DiG dijual pada harga RM99 di Semenanjung Malaysia, ia boleh didapati dari stokis sah produk berkenaan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Hiburan

Aiman Ameer Kalis Wajah Disamakan Dengan Artis Lain, Cerita Kisah Lucu Ditahan Di Road Block - "Saya Perasan Bila Ada Yang Kata ..."

gempak
18/09/2024
03:25 MYT
Pelakon meningkat naik, Aiman Ameer tampil memberi respons apabila ramai menyatakan wajahnya seiras dengan beberapa selebriti lain.
Hiburan

Beto Kusyairi Titip Nasihat Buat Pelakon Baharu Yang Idamkan Trofi Oscar - "Kita Kena Sedar Diri Kita .

gempak
17/09/2024
01:55 MYT
“Kita kena sedar diri kita,” itulah reaksi pelakon Beto Kusyairi apabila ditanyakan sama ada dirinya pernah memburu untuk memperolehi trofi Oscar.
Hiburan

7 Tahun Kahwin, Fazura Fail Cerai Terhadap Fattah Amin

gempak
13/09/2024
04:38 MYT
Aktres dan usahawan Nur Fazura Sharifuddin dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai terhadap suami, pelakon Fattah Amin, pagi tadi selepas tujuh tahun berkahwin.