,
Hiburan

"Produk Kosmetik Pun Boleh Dapat Kelulusan SIRIM" - Fizo Omar

Amri Hassan
13/03/2023
06:29 MYT
Artis yang juga ahli perniagaan merangkap rakan kongsi spa kecantikan Hannan Medispa, Fizo Omar berbangga kerana jenama itu terus terbang tinggi.
Terbaharu, jenama terbabit menerusi rangkaian produk kosmetik diterbitan sudah mempunyai cop SIRIM.
Malah satu majlis menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) antara jenama itu dan SIRIM Berhad sudah dimeterai 10 Mac lalu di pejabat SIRIM di Shah Alam, Selangor.
Kerjasama strategik terjalin juga menjadi penanda aras simbolik kolaborasi terbesar dan pertama di Malaysia membabitkan bidang kosmetik dihasilkan jenama berkenaan.
“Sebelum ini saya ingat produk elektrik saja kena ada cop SIRIM. Rupa-rupanya produk kosmetik pun boleh dapatkan kelulusan daripada makmal SIRIM.
“Tapi sebelum saya benar-benar faham keperluan mendapatkan cop SIRIM itu, pelbagai perkara bermain di minda. Wajib ke? Perlu ke? Produk kosmetik dapat cop SIRIM?.
“Tapi selepas memahaminya, apa dilakukan Hannan Medispa ini ialah bermula dengan mendapatkan bahan mentah daripada ekstrak nanas, kemudian dikaji SIRIM dan dibekalkan kepada kilang spa kecantikan itu.
“Ia seterusnya menjadi bukti bahawa bahan asas atau mentah produk kosmetik dikeluarkan ini memang selamat dan berkualiti untuk digunakan tanpa was-was.
“Tahniah atas kerjasama strategik ini. Ia menjadi penanda aras baharu untuk industri kosmetik di Malaysia,” kata Fizo.

#nextlevel

Sementara itu, Pengasas jenama itu, Dr Hannan Yusof menyifatkan kerjasama berkenaan sebagai usaha berterusan mengukuhkan jenamanya ke satu lagi peringkat tertinggi.
Ia turut diperkasakan menerusi tanda pagar #nextlevel yang diwujudkan.
“Menerusi MoA dan kerjasama ini, SIRIM akan menjadi pembekal utama bahan mentah untuk produk kosmetik kami hasilkan. Bahan mentah pertama yang dibekalkan dalam produk kami ialah ekstrak nanas dipanggil ‘bromelain’.
“Kajian dan keberkesanan terhadap ekstrak nanas ini dilakukan pasukan penyelidik SIRIM sejak beberapa tahun lalu. Ia sekali gus membuktikan produk kosmetik kami hasilkan berasaskan ‘bromelain’ ini berkesan untuk digunakan termasuk mencerahkan kulit.
“Pihak SIRIM juga sudah dan akan berterusan menguji produk penjagaan kulit keluaran kami yang sedia ada di pasaran termasuk aspek keselamatan penggunaannya. Pendek kata, produk kami lulus tapisan keselamatan SIRIM,” kata Dr Hannan.
Dr Hannan yang juga doktor perubatan menambah serentak dengan termeterai perjanjian itu, pihak SIRIM juga sudah mengeluarkan sijil keselamatan untuk beberapa produk diuji.
“Saya dengan kerendahan hati berharap kerjasama ini juga dapat membuka mata rakyat khususnya pengguna jenama kami supaya terus cakna dalam pemilihan produk penjagaan kulit yang selamat.
“Seperti yang ditegaskan Datuk Dr Ahmad Sabirin Arshad selaku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan SIRIM, kalau produk ada cop SIRIM baru beli.
“Syukur Alhamdulillah produk rangkaian jenama kami sudah ada cop SIRIM. Kami pilihan mereka. Insya-Allah bersempena Syawal yang akan tiba, kami juga akan keluarkan set penjagaan kulit dan rambut edisi raya. Serentak dengan itu juga kita akan terbitkan sebuah video raya istimewa. Tunggu,” katanya.

100 cawangan Hannan Medispa

Beroperasi sejak 2012, jenama spa terkenal ini sudah memiliki 100 cawangan di seluruh Malaysia.
“Kami bermula dengan permulaan yang sangat penuh kerendahan diri. Hinggalah mampu mencipta empayar perniagaan yang berkembang pesat serta meluas.
“Lebih utama kami juga mewujudkan spa dan kemudahan ini bersifat mesra Muslim dan tanpa was-was. Kami mahu terus memberikan yang terbaik kepada pelanggan dan memastikan ‘everyone can cantik’.
“Malah dengan tanda pagar #nextlevel dilancarkan, kami mahu jadi terus relevan dan ekstrim. Kami sendiri bersifat spa dan salon terbesar di Malaysia dengan pertambahan cawangan baru setiap bulan,” katanya.

Ada kilang penjagaan kulit sendiri

Dr Hannan menambah, jenamanya turut memiliki kilang penjagaan kulit sendiri di Muar, Johor yang berkeluasan besar selain memiliki sijil pengiktirafan Good Manufacturing Practice (GMP) dan disahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Bukan mendabik dada, tapi mana ada spa kecantikan lain memiliki kilang sendiri. Hanya kami medispa yang memiliki kilang sendiri setakat ini. Spa baru kita juga terus dinaiktaraf dan diubah suai.
Hingga kini jenama itu disokong 1500 pekerja secara keseluruhan, selain mempunyai lebih 3 juta pelanggan.
“Segala serbi termasuk bilik pameran dan perabot serba cantik. Mesin dan teknologi kita gunakan juga serba canggih. Tak lupa, kami juga terus mengubah gaya hidup staf yang menjadi nadi kekuatan empayar ini dengan pelbagai aspek termasuk peluang kerja, berkongsi ilmu hingga dapat membantu keluarga masing-masing.
“Kami bukan setakat membuka peluang kerja kepada ramai orang, tapi ini adalah perubahan hidup yang terbaik dalam terus mengimarahkan hidup serta ekonomi negara,” katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Isu Artis Mangsa Buli; Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan - "Perlu Wujudkan Suasana Friendly"

gempak
23/11/2024
12:55 MYT
Pengarah, Syafiq Yusof, merasakan bahawa pihak produksi perlu memainkan peranan penting di set penggambaran untuk memastikan suasana bekerja yang kondusif dan harmoni.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Bollywood

Shah Rukh Khan Teruja Kembali Ke Malaysia! - "Saya Bukanlah Orang Penting Untuk Dianggap ..."

gempak
22/11/2024
21:50 MYT
Kehadiran ikon Bollywood Datuk Shah Rukh Khan yang ketika ini berada di Malaysia, mengujakan seluruh tetamu pada majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd, di ibu negara hari ini.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Unitar