Hiburan

Prince Syed Minta Netizen Berhenti Bagi Komen Negatif, Dedah Che Ta Tak Suka Main Bab Duit - “Dia Bukan Orang Yang Suka…”

gempak
Asyraf Roslan
12/12/2024
13:55 MYT
Sponsor Banner
Prince Syed Minta Netizen Berhenti Bagi Komen Negatif, Dedah Che Ta Tak Suka Main Bab Duit - “Dia Bukan Orang Yang Suka…”
Personaliti media sosial, Syed Sahid meminta netizen untuk berhenti memberi komen negatif terhadap seseorang yang sedang menimpa masalah.
Menurut Syed atau lebih dikenali sebagai Prince Syed, pelakon Rozita Che Wan bukanlah seseorang yang suka berhutang.
“Satu jer nak cakap , jangan lah kita tertawa atau nak jatuhkan atau pon kondem orang , kita semua tak tahu apa2 dan kita semua manusia hidup macam roda.
“Kalau satu hari Allah duga kita atas sesuatu perkara , bukan mudah kita nak tempuh , jangan lah kita tertawa dan persenda musibah atau dugaan yang orang lain tgh hadapi.
“Kita semua tak berada dalam kasut mereka dan kita semua tak tahu apa situasi yg terjadi.
“Kami kenal Che Ta , dia bukan orang yang suka berhutang dan kami ni pernah dapat hadiah macam-macam dan hadiah duit cash pun kami dapat dari Che Ta ya dan bukan sikit tau , so dari situ kita tahu che ta bukan orang yang suka main-main bab duit ke apa,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram.
Tambah Syed Shahid atau nama sebenarnya Syed Muhammad Shah Hasif Syed Othman, Che Ta merupakan idolanya sejak kecil.
“Saya baca komen-komen anda semua saya yang pedih. Cukuplah Che Ta tahu apa yang dia buat.
“Che Ta adalah insan contoh yang saya ikuti dari zaman saya kecik sekolah sehingga doa satu hari nak sangat jumpa.
“Tak sangka idola nombor satu yang saya kagumi akhirnya dapat jumpa dan kenal dan selalu jumpa subhanaAllah , apa pon Che Ta tetap sumber inspirasi untuk saya nak berjaya macam dia.
“Apa pun Che Ta tetap sumber inspirasi untuk saya nak berjaya macam dia,” katanya.
Terdahulu, tular di media sosial apabila rumah pelakon, Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta telah diserbu oleh pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA), pada Selasa.
Serbuan tersebut dilakukan susulan Che Ta didakwa gagal untuk membayar kembali pinjaman daripada MARA yang berjumlah hampir RM1 juta.
Sekadar info, meskipun serbuaan dibuat, pelakon yang popular dengan drama Kiah Pekasam itu sempat membuat ucapan hari jadi buat anaknya, Aniq Ezzra dan juga membuat hantaran sedang menjaga pemakanannya
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024