gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Dr Amalina Selamat Bersalin Anak Kedua, Namakan Aurora Sienna!
HIBURAN
Kongsi Foto Bersama, Peminat Doakan Kebahagiaan Karel Susanteo & Anna Jobling
HIBURAN
Tembakan Tepat! Dayang Nurfaizah & Nadeera Zaini Bakal Gegarkan Konsert Hael Husaini & Repertoire - “Saje Tau Letak Gambar Yang Dah Berkurun”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Ikmal Amry Kongsi Cara Kekalkan Keharmonian Rumah Tangga - “ Jangan Bagi Ada Ruang Untuk Dia Fikir Bukan-Bukan”

gempak
Ainun Md Zooki
01/06/2025
09:55 MYT
Sponsor Banner
Ikmal Amry Kongsi Cara Kekalkan Keharmonian Rumah Tangga - “ Jangan Bagi Ada Ruang Untuk Dia Fikir Bukan-Bukan”
Pelakon, Ikmal Amry mendedahkan antara rahsia utama dalam mengekalkan kepercayaan dan keharmonian rumah tangga bersama isteri tercinta, Najla Shamsul adalah dengan bersikap terbuka sepenuhnya dalam soal kepercayaan.
Menurut Ikmal atau nama sebenarnya, Mohd Zulikmal Amry Ghazali, 31, dia memahami jika isterinya mengalami rasa cemburu kerana perasaan itu merupakan perkara normal lebih-lebih lagi apabila berkahwin dengan seorang selebriti.
“Dia kahwin dengan pelakon, jadi perasaan was-was dan cemburu tu memang ada.

“Tapi cara saya senang je bagi je apa dia nak. Kalau dia nak tengok WhatsApp, e-mel atau media sosial saya, saya bagi. Tak ada benda nak sorok,” katanya kepada Gempak.

Ikmal berkata demikian ketika menghadiri majlis tayangan perdana filem Gantung: Musketeer Code yang berlangsung di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Tambah aktor yang terkenal dengan drama From Saga With Love itu turut mengakui dia tidak pernah menghalang isteri untuk memeriksa telefon termasuk semua akaun media sosialnya.
“Saya izinkan isteri periksa media sosial saya. Sebab sebagai pelakon, kita berinteraksi dengan ramai orang, jadi biar dia tahu realiti sebenar.

“Memang ada orang yang hantar mesej ‘kacau-kacau’, tapi biar dia tahu yang saya ni tak melayan,” jelasnya. Bagaimanapun, dia juga sentiasa bersikap keterbukaan dalam soal kepercayaan kerana dia tidak mahu isterinya mula berfikir perkara yang negatif tentang dirinya.

“Jangan bagi dia ruang untuk fikir bukan-bukan tentang kita. Bila tak ada benda yang kita sorok, isteri akan percaya kita,” kongsinya.
Untuk rekod, Ikmal dan Najla yang juga seorang pempengaruh media sosial telah mendirikan rumah tangga pada 2020 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata.

BERITA BERKAITAN: Ikmal Amry Pernah Alami Masalah Kesihatan Ketika Jalani Latihan Sukan Tempur - “Saya Tak Nak Kongsi Sakit Kepada Orang Ramai”

BERITA BERKAITAN: Berat Hati Hun Haqeem Nak Berlawan Dengan Ikmal Amry - “Kami Dah Kawan 10 Tahun Tapi…”

BERITA BERKAITAN: Kerap Buat Kejutan, Beli Bunga Untuk Isteri, Kunci Kebahagiaan Perkahwinan Ikmal Amry - “Lelaki Kena Rendahkan Ego”

BERITA BERKAITAN: “Nak Buat Senang, Maintain Tu Yang Susah” - Ikmal Amry Setuju, Mahu Kekal Berbadan Sasa Perlu Diet Yang Konsisten

Topic Berkaitan
#Tips
#Suami
#Isteri
#Ikmal Amry
#Rumah
#Bahagia
#Tangga
#Kongsi
#kekal
Must-Watch Video