,
Viral

Prince Syed Hadiahkan Tudung RM35,000 Untuk Isteri Pakai Raya Aidiladha - "Ini Jer Mampu Beri"

Amri Hassan
17/06/2024
12:55 MYT
Menghelip! Demikian kata-kata pempengaruh media sosial dan usahawan viral Prince Syed ketika menunjukkan tudung pertama rekaannya bernilai RM35,000.
Tudung bawal berwarna hitam yang didakwa menggunakan batu kristal asli Swarovski itu dihadiahkan Prince Syed buat isteri tercintanya untuk digayakan pada pagi sambutan hari raya Aidiladha.
"Tudung harga RM35,000 untuk isteri saya. Prince Syed Couture, mewah dipandang selesa dipakai. Saya nak isteri saya orang pertama pakai rekaan tudung pertama saya.
"Saya guna Swavoski batu asli. Hari ni kan hari raya, saya berikan hadiah special untuk isteri saya. Tak tahu nak beri apa. Memang berbezalah bila pakai, mengelip," katanya dalam satu hantaran video di TikTok.

BERITA TRENDING: Dihina Pakai Baju Raya Bertemakan Barbie, Prince Syed Tak Kisah - “Netizen Tak Pernah Tak Lawak”

BERITA TRENDING: Prince Syed, Isteri Gayakan Busana Raya Bertemakan Barbie, Sempat Ziarah Kubur - "Simple Jer Baju Kami Anak-Beranak"

Baju RM9,000

Selain tudung bernilai puluhan ribu ringgit, Prince Syed turut menghadiahkan sepasang baju bernilai RM9,000 dan barangan solek bernilai RM600.

"Ini jer lah yang mampu abam beri untuk mereka raya haji ni, cantiknya isteriku pakai tudung Swarovski hasil rekaan abam sendiri dan pasni abam nk keluarkan tudung rekaan abam sendiri.

"Jadi abam nak isteri abam jadi orang pertama sarung rekaan tudung pertama abam ni, abam sendiri yang jahit dan abam yang tampal lekatkan semua taburan batu permata kristal Swarovski tu, alhamdulillah terima kasih ya Allah diatas rezeki yang dikurniakan pada keluarga kami," tambahnya.
Pada sambutan hari raya Aidilfitri lalu, Prince Syed dan isteri turut mencuri tumpuan menerusi fesyen luar kotak ketika menziarahi kubur.

BERITA TRENDING: “Takkan Kita Nak Pergi Pasar Borong Pakai Macam Ni Kan?” - Prince Syed & Isteri Melaram Bertempat

BERITA TRENDING: Prince Syed Akui Pernah Terima Sihir Pemisah Dari Wanita Berusia - “Saya Anggap Dia Seperti Kakak-Kakak”

BERITA TRENDING: Ezuwan Ismail Pereka Malaysia Pertama Hasilkan Busana Buat Melly Goeslaw! - "Denim Couture Ini Nilainya RM130,000, Berat Lebih 15 Kilogram"

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.