,
Viral

Prince Syed Akui Pernah Terima Sihir Pemisah Dari Wanita Berusia - “Saya Anggap Dia Seperti Kakak-Kakak”

Izwan Isa
25/01/2024
06:11 MYT
Selebriti TikTok, Prince Syed mengakui pernah menerima sihir pemisah selepas dia mendirikan rumah tangga dengan isterinya, Fatin Syazwani Ishak sekitar lima tahun lalu.
Prince Syed atau nama sebenarnya, Syed Muhammad Shah Hasif berkata, dia dan isteri pada awalnya tidak menyedari ‘dihinggap’ sihir, sehinggalah diberitahu oleh kaum keluarganya.

BERITA TRENDING: Kasihannya! Lelaki Ini Kena Reject Gara-Gara Jemput Dating Naik Kereta MyVi - "Ni Bukan Taste Aku, Jatuh…

“Bila cakap pasal sihir pemisah ini, ia akan memberi kesan pada hubungan suami isteri. Ia membuatkan hubungan kami nampak berbeza. Walhal, semua tahu kami pasangan yang rapat.
“Sehinggalah satu ketika hubungan kami macam panas sedikit, kadang-kadang tertinggi suara. Kita tak perasan, tapi keluarga yang sedar kami berubah. Bila pergi berubat, memang ada.
“Jiwa kena kental. Orang nak buat apa pun, tak mengapalah, dekat ‘Alam Sana’ nanti ada pembalasan. Kalau kita cakap pun, ada orang percaya, ada orang tak percaya. Dulu pun saya macam kurang percaya. Dah kena batang hidung sendiri baru tahu,” katanya kepada Gempak.
Prince Syed berkata demikian ketika majlis pelancaran produk By RCW Glow Edition di Petaling Jaya pada Rabu.
Ditanya sama ada dia mengenali individu yang menghantar sihir berkenaan, Prince Syed menjawab, individu tersebut merupakan rakan sekerjanya di pejabat.
“Bila saya ke pejabat, saya jumpa dia, sengaja saya ucap terima kasih pada dia. Beberapa hari juga dia tak senang duduk. Kemudian dia datang jumpa saya minta maaf.
“Perempuan itu mahukan saya, tapi dia berusia sikit, dan sudah anggap dia seperti kakak-kakak. Dia siap jumpa ibu saya untuk beritahu yang dia ingin jadi isteri saya,” ujar Syed lagi.
Dalam perkembangan lain, Syed memberitahu yang dia masih lagi menerima benda-benda pelik, susulan sihir yang dialami beberapa bulan lalu.
“Orang ingat kami buat marketing… sebenarnya tidak. Hal ini benar-benar berlaku. Ada situasi yang kita share dan ada yang tidak. Kita published sebab nak pendapat orang. Dari situ kita bagi pengajaran supaya janganlah main benda sihir,” katanya yang mengakui masih menerima benda-benda pelik di kedainya sehingga hari ini.

BERITA TRENDING: Taubat Jadi Pondan, Lelaki Nikahi Teman Wanita Lepas 8 Bulan Bercinta

Terdahulu, Prince Syed pernah berkongsi video di TikTok dan mendedahkan tentang penemuan gumpalan rambut ketika sedang merebut mi laksa buat jualan di gerainya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Harris Anuar Kongsi Keadaan Kak Ton, Pernah Alami Muntah Buih & Sakit Tulang Belakang Akibat Disihir - “Saya Pernah Nampak Pocong…”

gempak
12/09/2024
06:55 MYT
Pempengaruh media sosial, Harris Anuar memaklumkan ibunya yang juga usahawan kosmetik iaitu Zaiton Hassan atau Kak Ton masih dalam menjalani rawatan perubatan Islam selepas didakwa disihir sejak 2016.
Viral

Netizen Puaka Musykil Warna Muka, Tangan, Kaki Tak Sama, Rupanya Prince Syed Kacukan Arab & Cina - “Aku Tak Maafkan Dunia Akhirat Cara Kau Cakap Macam Ni”

gempak
10/09/2024
02:25 MYT
Pempengaruh dan usahawan viral, Prince Syed menegur sikap netizen yang dianggap seolah-olah sentiasa mencari keburukan dirinya.
Hiburan

"Ikut Hukum Akal, Saya Dah Lama Arwah" - Berkali-Kali Disihir, Aishah Bersyukur Masih Hidup

gempak
02/09/2024
08:32 MYT
Penyanyi Datuk Aishah menzahirkan rasa syukur apabila masih dipanjangkan usia walaupun mendakwa dirinya berkali-kali pernah menjadi mangsa sihir.
Hiburan

“Dirasuk, Mendengus Seperti Harimau, Jilat Kaki…” - Shuib Dedah Arwah Siti Sarah Pernah Disihir, Rasa Dibenci Ketika Buat Persembahan

gempak
29/07/2024
00:49 MYT
Pelawak Shuib mendedahkan dia pernah berdepan dengan detik cemas apabila Allahyarham isterinya yang juga penyanyi Siti Sarah dirasuk mahkluk halus.
Hiburan

Dihina Seperti ‘Sotong’ Tapi Tetap Ada Yang Cuba Nasib Nak Jadi Isteri Kedua Prince Syed - “Sampaikan Isteri Saya Pernah Menangis Dalam Kereta…”

gempak
25/07/2024
03:55 MYT
Pempengaruh dan usahawan viral yang dikenali sebagai Prince Syed mengakui dia banyak menerima komen-komen negatif yang menghina fizikalnya.