,
Laman Utama

Premier League 2023/2024 Di sooka

Amri Hassan
15/08/2023
16:36 MYT
sooka, aplikasi penstriman sukan secara langsung pertama - kini kembali dengan beberapa pakej menarik untuk para peminat bola sepak di Malaysia yang ternanti-nanti musim Premier League 2023/2024.
Musim bola sepak kali ini juga dijangka hadir dengan penuh drama, dan pelanggan sooka akan dapat menikmati kesemua 380 perlawanan secara langsung sepanjang musim tersebut serta "strim dari mana jua" pasukan pilihan mereka dengan kebebasan untuk menonton bola sepak pada peranti pilihan, dan membayar mengikut kehendak mereka.
Premier League 2023/2024 dijangka akan membawakan keterujaan untuk para peminat tegar bola sepak yang menanti untuk menonton aksi-aksi pasukan kegemaran mereka - adakah sang juara, Manchester City, akan mengekalkan penguasaan dengan Erling Haaland dan Kevin De Bruyne? Atau mungkinkah kita akan menyaksikan Chelsea menebus semula musim hambar mereka pada Premier League 2022/2023 dengan pelantikan Mauricio Pochettino sebagai pengurus mereka?
Chu Young Lee, Pengarah, sooka & NJOI, Astro, berkata: “Kami teruja untuk menyiarkan musim Premier League yang baru di sooka. Premier League merupakan liga yang paling banyak ditonton di dunia dengan penyokong dari serata tempat termasuklah Malaysia, dan kerana itulah kami menawarkan pakej-pakej yang fleksibel dan menarik untuk para peminat bola sepak kami untuk mengakses kesemua perlawanan mereka mahu.
Sama ada anda merupakan penyokong tegar atau penggemar santai bola sepak, sooka memastikan anda tidak akan terlepas sesaat pun keterujaan, drama, atau kehebatan taktikal di atas padang. Visi kami adalah untuk menjadi aplikasi pilihan untuk para peminat sukan dalam penstriman sukan secara langsung
sooka kini menawarkan tempoh percubaan 7 hari secara PERCUMA melalui pelan Sports & Entertainment dengan kod kupon SOOKA7.
Para peminat bola sepak kemudian boleh terus menonton perlawanan-perlawanan secara langsung tersebut dengan melanggan pelan Sports & Entertainment sooka pada harga RM34.90 sebulan, dan sooka TV pada harga RM62.90 sebulan, pada masa terhad.
Pelanggan pelan Sports & Entertainment serta pelan sooka TV kami juga akan dapat menonton lebih daripada 20 jenis acara sukan hebat seperti Formula 1, Jelajah Badminton Dunia BWF, MotoGP, Jelajah Tenis ATP, NBA, pertandingan Liga Bola Sepak Malaysia, Liga Speak Takraw, AFC, Juara Liga UEFA dan banyak lagi. Mereka yang hanya ingin menonton perlawanan pasukan kegemaran boleh memilih Single Match Pass pada harga serendah RM13.90 setiap perlawanan.
Untuk menikmati sooka dan menonton perlawanan siaran langsung kegemaran anda serta kandungan hiburan tempatan terbaik melalui peranti mudah alih serta skrin besar, muat turun aplikasi sooka melalui Apple Store atau Google Play Store (untuk aplikasi mudah alih) dan Samsung, LG & TV Android terpilih dengan versi 8 ke atas (untuk TV pintar).
Tempoh percubaan percuma selama 7 hari sooka boleh didapatkan melalui www.sooka.my/redeem (*Mengikut terma dan syarat). Kesemua pelan langganan sooka adalah tanpa kontrak dan bebas komitmen.
Untuk berita mengenai sooka, ikuti sooka di Facebook (sooka Malaysia) dan Instagram di (@sookamalaysia), atau layari sooka.my.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Meerqeen Suka Karaoke, Mierul Aiman Ditahan Peminat, Sharifah Sakinah Hantu Paling Slay! Ini Antara Perkara Menarik Di Acara Hello Putrajaya

gempak
25/06/2024
09:55 MYT
Astro terus membawakan pengalaman baharu untuk lebih dekat kepada pelanggan menerusi Jelajah Hello di seluruh di bandar di Malaysia.
Filem

Atas Permintaan Tinggi, Filem Sheriff Kini Boleh Ditonton Menerusi Astro First di Astro & sooka!

gempak
21/06/2024
04:55 MYT
Rentetan daripada kejayaan besar filem blockbuster nombor 1 tahun ini, ‘Sheriff’, Astro membawakan filem ini kepada semua penonton Malaysia menerusi Astro First di Astro dan peranti pilihan anda, sooka.
Laman Utama

sooka Serba Baharu Tawar Harga Menarik Serendah RM14.90 Sebulan!

gempak
04/12/2023
15:55 MYT
Tawaran baru sooka ni memang menarik.
Laman Utama

Lovenya! Sooka Bawakan Sesi Ramah Mesra bersama Bekas Pemain Lagenda Manchester United, Steve Bruce Sabtu Ini!

gempak
01/12/2023
07:30 MYT
Lovenya sooka ni! Jangan lupa datang tau.
Laman Utama

sooka Tawarkan Lebih Pilihan Dengan 10 Saluran FAST Percuma!

gempak
18/07/2023
05:34 MYT
Aplikasi penstriman hiburan tempatan tersebut kini menambah lima saluran baharu - termasuk Bollywood