gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Kes Shila Amzah-Amy Search: Polis Akan Panggil Dua Lagi Saksi
HIBURAN
Ibu Dakwa Mikael Noah Jadi Mangsa Gangguan Seksual Penyanyi Irama Malaysia, Kongsi Bukti Pada Caprice - “Dia Memang Tak Selesa…”
HIBURAN
Justin Timberlake Dilabel Malas & Biadab, Tak Banyak Menyanyi Masa Konsert
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

VIRAL

“Nampak Hidung & Mulut Dia Keluar Darah Banyak…” - Nur Shahida Kongsi Detik Cemas Anak Jatuh Sakit

Asyikin Mayudin
Asyikin Mayudin
28/07/2025
05:55 MYT
Sponsor Banner
“Nampak Hidung & Mulut Dia Keluar Darah Banyak…” - Nur Shahida Kongsi Detik Cemas Anak Jatuh Sakit
Dugaan buat keluarga usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri dan isterinya, Datin Seri Nur Shahida apabila tiga orang anaknya tidak sihat dalam masa yang sama.

Detik cemas

Menerusi perkongsian di TikTok, Shahida berkongsi detik cemas apabila hidung dan mulut anak bongsunya iaitu Luqman berdarah pada pukul 4 pagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Nur Shahida Berang Dituduh Tak Ambil Kisah Fasal Ammar Ahyan - “Aku Bela Dia Sampai Umur 17 Tahun la!”

ARTIKEL BERKAITAN: Puji Sikap Ammar Ahyan, Nabil Ahmad Kagum Cara Aliff Syukri & Isteri Didik Anak - “Dahsyat Budak Itu…”

Tanpa berfikir panjang, Shahida dan suaminya terus membawa anak mereka ke wad kecemasan tanpa membawa sebarang dokumen penting.
“Pukul 4 pagi Luqman menangis, dia meragam lepas itu mama buka lampu dan nampak hidung dia keluar darah dan mulut dia berdarah… keluar darah banyak.

“Bila dia batuk kahak, keluar darah. Kita macam paniklah. Apa lagi, mama dengan papa melompat terus bawa klinik. Dengan tak bawa apa-apa sehelai sepinggang.

“Mama bawa kereta, papa pegang anak. Hantar Luqman ke wad kecemasan, mama balik ambil IC, handphone, barulah kita dapat selesaikan proses.
“Yang penting anak kita perlu selamat okay,” kongsinya.

Monitor anak di hospital

Shahida menerusi kapsyen di perkongsian itu berkata bukan sahaja Luqman, anak perempuannya Raudhah juga mengalami demam dan dimasukkan ke hospital.

“Dugaan mak beranak ramai macam ni la, kalau sorang sakit cepat saja berjangkit…Yusoff dah keluar wad, Luqman pula.

“Alang-alang Raudhah dan mula demam, mama masukkan la sekali senang monitor sekali dua… semoga anak-anak mama cepat sembuh. Doakan kami ya,” tulisnya.
Sebelum ini, Shahida berkongsi salah seorang anak lelakinya iaitu Yusoff dimasukkan ke hospital akibat masalah kesihatan.
@shahidadherbs2
Dugaan mak beranak ramai mcm ni la,kalau sorang sakit cepat je berjangkit…yusoff dan keluar wad,luqman pula…alang2 raudhah dan start demam mama masukkan la sekali senang monitor sekali dua..semoga anak2 mama cepat sembuh…. Doakan kami ya❤️❤️
♬ bunyi asal - Nur Shahida Mohd Rashid
Topic Berkaitan
#Aliff Syukri
#Luqman
#Nur Shahida
#Yusoff
#Raudhah
#Anak Aliff Syukri
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement