gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
RANCANGAN
Raise The Star Malaysia: Didie Shazry Buktikan Boleh Menyanyi Tanpa Gitar, Kini Bidik Gelaran Juara
HIBURAN
“Terima Kasih Tidak Pernah Membelakangkan Saya” - Eda Ezrin Syukur Bebas Selepas 9 Bulan Dipenjara di Thailand
HIBURAN
Pertama Kali Catwalk KLFW2025, Bella Astillah Nervous - “Design Baju Saya Serah Sepenuhnya Kepada…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

VIRAL

Power Of Sedekah! Prince Syed Kongsi Rezeki RM800,000 Dengan Followers, Rumah Anak-Anak Yatim - "Lagi Banyak Kita Bagi, Lagi Banyak Allah Balas"

Amri Hassan
Amri Hassan
08/08/2025
06:25 MYT
Sponsor Banner
Power Of Sedekah! Prince Syed Kongsi Rezeki RM800,000 Dengan Followers, Rumah Anak-Anak Yatim - "Lagi Banyak Kita Bagi, Lagi Banyak Allah Balas"
Personaliti media sosial dan usahawan sensasi, Prince Syed sekali lagi menarik perhatian ramai apabila mendedahkan telah menyumbangkan lebih RM800,000 kepada pengikut bertuah serta rumah anak-anak yatim menerusi sesi live di TikTok sepanjang bulan ini.
Menurut Prince Syed, wang tersebut bukan sekadar diberikan secara rawak, malah turut digunakan untuk melunaskan hutang pembelian tanah serta menaik taraf infrastruktur rumah anak-anak yatim, yang menjadi antara misi utamanya ketika ini.
"“Kalau kita bagi, Allah akan balas. Bukan manusia. Dan Dia balas berkali-kali ganda," ujarnya kepada Gempak.
Dalam satu sesi live, Prince Syed mendedahkan pernah memberi RM75,000 kepada pemenang secara langsung.
"Waktu tu tengah call pemenang, tiba-tiba isteri saya cakap ada orang telefon pasal emas. Harga emas tengah melonjak, dan saya terus dapat keuntungan besar. Macam tak masuk akal, tapi itulah kuasa sedekah.
“Kadang-kadang saya buat content, selit duit dalam tudung atau dalam produk. Ada yang beli dua tudung, satu untuk kawan Melayu, dan terus dapat hadiah wang tunai, ada yang dapat gelang emas RM35,000. Siapa sangka, kan?” kongsinya.
Prince Syed juga mendedahkan ada syarikat yang menawarkan hingga RM300,000 untuk review produk, sedangkan dia pada mulanya hanya memberi RM3,000 kepada pengikut sebagai tanda kongsi rezeki.
Menurutnya lagi, ada ramai penerima bantuan yang menangis kegembiraan dari golongan OKU, individu yang hampir dihalau dari rumah, hingga yang bergelut dengan tunggakan kereta.
"Bagi je… insya-Allah akan datang balik. Sekarang ni ramai pula panggil saya buat review, mungkin lepas ni jadi duta produk pula,” katanya berseloroh.
@prince.syed.shahid Alhamdulillah ini lah rahsia yang ramai sangat tanya , macam mana Life Prince Syed boleh bertukar sekelip mata , antara punca rezeki takkan pernah putus adalah amalan Sedekah , selama ni sy tak pernah share tapi kalini sy share untuk kebaikan bersama , untuk kalini kita turun ke @Rumah anak yatim ulin nuha ♬ original sound - Prince Syed Couture
Bagi Prince Syed, kekayaan dan populariti bukan sekadar untuk ditayang, tetapi dimanfaatkan untuk memberi.
“Saya selalu tayang harta, tapi orang tak tahu di sebalik tu, saya bersedekah. Itu rahsia kaya raya saya,” ujarnya yang kini kerap membuat siaran langsung live di TikTok setiap malam.
Topic Berkaitan
#Viral
#Rezeki
#Sedekah
#anak yatim
#Harta
#Prince Syed
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement